RSS

Sunday, December 26

Rehlah Menyulam CINTA antara Beliawanis PEMBINA


Kenangan yang sempat di ukir di atas pepasir pantai membawa pulang bersama kenangan indah dan sekeping hati bersulamkan cinta..

Seindah Sedamai Pantai Melambai Gemalai

Begitulah Hati Merindu Kasih Yang Padu
Bagaikan Pepasir Basah Di Simbah Lautan
Begitulah Perjuangan Ini
Biar Basah Dengan Iman dan Ukhwah

Kita Ingin Segalanya Indah
Sebersih Pasir Pantai Memutih
Seindah dan Secerah
Pawarna
Berseri Ukhwah Dipupuk Kasih

Begitulah potongan lirik nasyid yang menemani di sepanjang perjalanan peserta Rehlah Beliawanis Pembina Shah Alam Klang 2010 bertemakan “Ikat Hati Sulam Cinta” di Sepang Gold Coast, Sepang pada Sabtu, 18 Disember 2010.

Seawal jam 8 pagi di Masjid Negeri, sebuah bas yang sarat bergerak dengan 40 orang penumpang yang berbekalkan sekeping hati yang dipenuhi semangat dan diiringi kuntuman doa semoga perjalanan ini mendapat perlindungan Allah dan ukhuwah yang disemai mendapat keberkatan, Insya-Allah. Peserta rehlah kali ini terdiri daripada pelajar UiTM Shah Alam, UiTM Puncak Alam, MSU, Uniti College dan IIC.

Sambil menikmati sarapan pagi yang disediakan Noraimi Syazwani Mohd Yusoff dan Pengarah Program, Nur Azila Yahaya, nasyid yang bertemakan ukhuwah dan perjuangan menjadi halwa telinga. Perjalanan yang dijangka selama satu jam akhirnya tiba di destinasi sambil setiap mata tidak lepas memandang keindahan laut, langit dan ombak ciptaan Allah. Subhanallah!

Setelah mengambil posisi strategik di bawah pohonan dan khemah pun mula didirikan, sesi taaruf ringkas dimulakan oleh AJK Aktiviti, Khairunnisa Mazlan dan Nur Sakinah Khairir. Aktiviti diteruskan dengan permainan, “If You Know Me, I Know You Better”, di mana setiap peserta diberikan tag nama peserta yang lain dan perlu mencari pemilik tag nama tersebut dan membentuk rantaian manusia. Kemudian, peserta diminta untuk membentuk satu bulatan dan AJK akan menyebut perkara yang berkenaan maklumat peribadi peserta contohnya bulan lahir dan tempat tinggal. Peserta yang berkenaan perlu keluar dari bulatan dan menukar tempat dengan peserta lain. Seterusnya, peserta diminta membuat satu barisan menghadap laut yang terbentang luas mengikut ketinggian dan dibahagikan kepada lima kumpulan untuk aktiviti seterusnya yang lebih mencabar.

Mengambil posisi di tengah laut yang sedang pasang, setiap kumpulan diberi sekeping kertas untuk aktiviti yang diberi nama “Sister’s War”. Aktiviti yang menguji kerjasama dalam kumpulan dan penyusunan strategi ini memerlukan setiap kumpulan melindungi kertas yang diberi daripada basah, koyak dan rosak. Ada kumpulan mengambil strategi lari sejauh-jauhnya dari musuh dan ada yang bertahan dengan melindungi kertas dengan tubuh badan. Akhirnya, kumpulan yang bertahan dan berpelukan kuat demi sebuah kertas memenangi peperangan di tengah air laut itu. Kesimpulan yang diperolehi dari permainan ini boleh diumpamakan seperti seekor kambing yang hidup berseorangan lebih mudah dibaham serigala berbanding seekor kambing yang hidup berkumpulan, kerana itulah ikatan persaudaraan itu penting, lebih-lebih lagi apabila diikat kerana Allah.

Sekembalinya ke pantai, masing-masing santai menikmati keindahan luasnya langit dan laut yang terbentang, sambil dihidangkan air teh dan kerepek. Aktiviti diteruskan dengan permainan “Galah Panjang Pantai”. Permainan tradisional ini menguji keberanian menghadapi tentangan dan kekuatan strategi setiap kumpulan dalam mempertahankan kawasan masing-masing.

Lewat tengahari, sebelum masuk waktu Solat Zuhur, semua peserta menjamah hidangan tengahari yang menyelerakan di dalam dulang, mengamalkan seruan Sunnah Rasulullah s.aw agar makan secara berjemaah. Setelah masuk Waktu Zuhur, semua peserta membersihkan badan dan mengambil wudhu’ untuk bersiap-siap solat berjemaah.

Berbumbungkan langit beralaskan tikar dan pasir, sambil menghadap laut yang terbentang luas, solat Zuhur berjemaah didirikan. Suasana yang hening dan damai menambahkan rasa kehambaan pada Pencipta tatkala dahi mencecah pasir pantai yang halus.

Selepas itu, hati-hati yang bersih itu disajikan dengan tazkirah mengenai “Hati” oleh Ketua Beliawanis, Zaireen Zainudin. Kebersihan dan penjagaan hati adalah aspek penting dalam kehidupan seorang Muslimah kerana di situlah tempat Allah menurunkan hidayah buat hamba-hambaNya. Hati yang rosak boleh membawa kepada perpecahan dan pergaduhan sesama manusia. Hati yang bersih boleh mengubah kekejaman kepada kelembutan dan kasih sayang.

Hari beransur terik, namun setiap peserta masih bersemangat untuk meneruskan aktiviti di dalam air laut yang semakin menghampiri pantai. Peserta diagihkan kepada empat kumpulan dan beratur diketuai seorang Ibu. Ibu perlu merampas anak orang lain dan anak itu akan mengikut Ibunya yang baru. Kumpulan yang paling panjang akan memenangi permainan tersebut. Apabila masing-masing sudah basah lencun dengan air laut, maka aktiviti mandi laut pula mengambil tempat.

Apabila azan Asar berkumandang, semua naik ke pantai dan membersihkan tubuh. Solat Asar berjemaah didirikan sebagai penutup kepada aktiviti di Sepang Gold Coast pada Sabtu itu. Setelah itu, khemah dikemas dan barang-barang disusun menanti bas menjemput pulang.

Di dalam bas, sekali lagi lagu tema dinyanyikan dan penggulungan dibuat oleh Pengarah Program. Bas tiba di perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam tatkala azan Maghrib berkumandang. Selepas salam wida’, masing-masing pulang dengan cinta yang bercambah, menanti untuk dibaja lagi.

Khairunnisa Mazlan

AJK Aktiviti

Rehlah Beliawanis 2010

Laporan penuh sila layari www.pembinashahalam.com

Wednesday, November 24

Sayangkan usrah

untuk akhawat kesayangan hamba.....
sama-sama kita renungi ke dalam diri selepas membaca entri ini yang dicopy paste daripada blog Muharikah. ia berkenaan usaha kita dalam mentarbiah diri, adik-adik dan sahabiah yang berada dalam organisasi yang amat kita sayangi ini...jujurnya, ana tujukan entri ini buat diri sendiri terutamanya yang amat perlahan momentumnya dan masih merangkak untuk melakukan dan memulakan perubahan dan pembaikan..


Saya sudah bosan dengan usrah. Saya tak dapat apa2 dari usrah!


SHUHHHHHH!!!!!


watch out your mouth! Somebody might get hurt with your statement!

But how can we deny our feelingkan?

Nak tahu satu cerita?

betul nak tahu?

Dah ready nak tahu?


betul ke nak tahu ini?

hehehe… dah lama tak main acah-acah ini:)

Hakikatnya, kita semua sayangkan usrah. Kerana kita tahu inilah jalan rasulullah. Inilah sunnah terbesarnya yang dihidupkan semula oleh Hasan Al bana kerana fungsi usrah sebenar tidak berjalan dengan baik dalam masyarakat Islam.

Dalam usrah pembentukan berlaku. Dalam usrah perkongsian berlaku. Dalam usrah tarbiyah dapat dibenturkan pada sebuah kehidupan.

Kita amat faham fungsi usrah. Ianya nukleus pada jemaah. Tanpa usrah, kita akan terburai dari talian jemaah. Kita akan terikat dengan syaitan dan bisikannya. Kita mula berada dalam lingkungan jahiliyah.

Trust me. Walaupun sebelumnya ini kamu amat kuat membenci jahiliyah dan sangat semangat menyampaikan sayonara Jahiliyah.

But oince, kita putus asa dengan usrah kita, rasa fed up, dan memutuskan untuk tidak bersama usrah, maka percayalah, kita sedang terikat dengan jemaah jahiliyah tanpa kita sedari.

Kerana usrah itulah tali hayat kita kepada jemaah dakwah ini. Usrah inilah yang mencantumkan hati kita, merantai hati kita dengan ikatan iman dan islam, ikatan ukhuwah dan kekeluargaan.

Kerana usrah is more than pengisian. Di dalamnya ada rasa kekeluargaan. Di dalamnya ada hubungan jundiy dan amirnya. Di dalamnya ada penyusunan-penyusunan.

Di dalamnya Allah nak uji kefahaman dan keikhlasan kita; kita datang usrah ini untuk rasa meningkat ke atau kerana nak dapatkan redha Allah???

Laa.. bukan ke rasa nak meningkat tu buat kerana Allah juga?

No, maknanya kita mmg solely harap pada Allah, dan tidak berharap pada naqib yang memberi taujih pada kita.

Ikhwah dan akhawat sekalian.

Kita hidup dalam jemaah yang didirikan manusia. kita berinteraksi dengan manusia.

Tak semua orang best memberikan usrah. Tak semua orang tahu menjadi murabbi. tak semua orang kenal mutarabbi dia dan tahu apa yang mutarabbi perlukan.

Dan antum tahu tak? Tak semua naqibah/naqib kita ada usrah yang konsisten pun.

Kerana individu-individu dalam jemaah kita ini mempunyai banyak sangat kekangan.

Ada yang dah berkeluarga. Ada yang sibuk dengan pelajaran, pekerjaan dan sebagainya.

Memang nampak itu semua seakan-akan alasan. Namun inilah hakikat yang perlu kita sedari.

Kita perlu menyantuni mereka kerana kita tak diuji seperti mana mereka lagi. Mungkin kita tahu, idealnya, usrah perlu ada everyweek. Jika tidak dua minggu sekali. jika tidak sebulan sekali.

Namun memang ramai sahaja afrad dalam jemaah kita ini tidak berusrah selama berbulan-bulan.

Maka apakah produk manusia yang dia dapat hasilkan jika usrahnya sendiri tidak diberikan sebaiknya?

Ini tidak bermakna kita memusuhi dan menyalahkan jemaah kita. Inilah dia jemaah kita. Kitalah yang membaikinya dari dalam. Bukan keluar mencari penyelesaian, kerana mana-mana jemaah yang kita temui, pasti ada banyak kelemahan dan cacat celanya.

Di sinilah kita perlu menerima kelemahan peribadi mereka yang menjadi murabbi kita.

Hakikatnya mereka telah menyediakan 2 jam untuk mendidik kita selama seminggu itu cukup besar pengorbanannya. Jika ada anak, dengan kerja lagi, dengan tanggungjawap pada masyarakat lagi, namun dia sanggup mengambil kita sebagai anak usrah dia.

Dan itulah pengorbanan yang amat besar. Terlalu ramai manusia di dunia ini yang mahukan usrah, dan akhirnya kamu yang beruntung mendapat seorang naqib yang mahu mendidik kamu walaupun dia tahu dia bukanlah yang terbaik untuk mendidik kamu.

Jika dia mampu, dia mahu lepaskan kamu untuk dididik manusia lain. Namun kerana cintanya pada kamu, dia relakan korbankan dirinya untuk mendidik kamu.

‘ Tapi saya tak dapat langsung apa-apa dari usrah saya. better tak payah pergikan? better belajar sendirikan?’

Ini bukanlah ucapan mereka yang baru setahun dua dalam tarbiyah. Ini yang dah bertahun-tahun dalam tarbiyah.



Bukankah keberkatan itu letak pada jemaah?

Terletak pada majlis zikir? terletak pada majlis mengingati Allah.



“Tidaklah duduk suatu kaum berzikir (menyebut) nama Allah ‘Azza wa Jalla melainkan dinaungilah mereka oleh para malaikat, dipenuhi mereka oleh rahmat Allah dan diberikan ketenangan kepada mereka, juga Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan malaikat yang ada di sisi-Nya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim, Imam Tirmidzi dan Imam Ibn Majah dari Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudri r.a.)

Astaghfirullah. Kamu tidak kenal lagi pengorbanan seorang ukhti, yang terpaksa menaiki tren berjam-jam untuk menghadiri sebuah usrah. dan usrahnya sempat dengar tazkirah yang tidak diprepare dengan baik pun.

Dan ukhti itu telah lama dalam tarbiyah. Kalau ikut hatinya, amat meronta-ronta untuk mendapat tarbiyah yang lebih. Lebih mengisi jiwa. Lebih mengisi keperluannya.

Namun dia tahu, jika perjalanannya selama berjam2 itu adalah untuk mendengar seuatu yang baru dan dapat sesuatu untuk jadi bekalan, tentu dia akan kecewa. tentu dia akan menyesal travel jauh-jauh .

namun hakikatnya, di sini Allah mahu uji keikhlasan kita.



Dengan ikhlas PASTI kita akan DAPAT sesuatu. PASTI. walaupun biasa sahaja pengisian yang kita dapat.

Mahu uji sejauh mana kita faham konsep usrah, serta maknawi di dalam usrah.

mahu melihat, adakah kamu tetap bersama karavan dakwah ini kerana emosi ataupun kefahaman.

Terlalu ramai orang yang kecewa dengan tarbiyah jemaah ini satu ketika dahulu. Dan kita melihat kesan ramainya rakan2 seperjuangan kita keluar dari jemaah ini .

kerana apa mereka keluar?

Kerana tidak berpuas hati dengan tarbiyah kita, dan jalan kerja dakwah kita.

Kerana mereka rasa boleh membaikinya dari luar.

Namun jemaah ini jemaah manusia.

yang realitnya sangat banyak kekangan.

Dan kitalah perlu menyantuni mereka.

kitalah yang perlu mencari apa kita perlukan. Kitalah yang perlu mencari tambahan\. kita tahu apa yang kita mahu dan perlukan.

Maka carilah perkara itu. tiada siapa yang nak menghalang.

namun hendak berhenti dari pergi usrah, erhenti dari bersama majlis zikrullah adalah a big No No.

kerana di situ syaitan akan mengikat kamu dan membawa kamu bersama usrahnya

trust me. I have been through that phase.

Saya minta keluar dari usrah sebab saya rasa perbincnagan usrah saya tak relevan dengan kehidupan saya. Sedangkan naqib saya adalah naqib terbaik di KL di saat itu. binaannya beratus-ratus orang.



Setelah keluar dari usrah itu, akhirnya saya bersama jahiliyah dan syaitan.

Dan saya merasai kegelapan dan kepahitannya.

Dan tentu saya pernah rasa kecewa dengan isi usrah saya. terkadang saya terpaksa istighfar berulang kali kerana saya merasai tertekan dengan usrah yang tak membina saya.

kita tak boleh tipukan perasaan kita? kita tak boleh paksa diri kita suka kalau betul kita rasa tak best pun.

cuma di situ, ada perbezaan mereka yang pessimis dan optimis.

orang pessimis akan lari dan cuba terus mencari kesalahan.

orang yang optimis akan mengubah. dan sentiasa melakukan pembaikan.

Di situ nasihat dan cadangan diberikan kepada naqib/ah. setelah itu, jika keadaan tak berubah, kitalah yang perlu berubah.

kita perlu ikhlaskan hati kita. perlu sangat-sangat merasai bahawa, komitmen kita pada usrah bukan sekadar pada isi dan bahan tarbiyah, tapi komitmen kita pada Allah dan dakwahNya.

kita akan kecewa. ya, tapi di situ Allah nak ajar kita satu perkara:

BERUSAHALAH UNTUK MENINGKATKAN DIRI SENDIRI SEPERTI MANA ORANG TERDAHULUMU!

ramai yang takut nak menjadi naqibah kita kerana expectation kita yang tinggi pada mereka.

maka berpadalah dengan yang ada. bersyukurlah. Dan tingkatkan dirimu sendiri. Jalan pasti ada.

Saya katakan: JALAN PASTI ADA INSYAALLAH.

dan jadilah naqibah yang terbaik. Kerana untuk menjadi naqibah yang terbaik, bukanlah senang.



Jika kamu expect sesuatu dari naqib kamu, mutarabbi kamu tentu expect sesuatu dari kamu juga.

Dan jika awak bosan, dan tak dapat apa2 dari usrah, adakah awak rasa anak2 usrah awak akan terlepas dari perasaan itu?

Jika awak sendiri tak mahu komited dengan usrah, satu hari nanti, anak usrah awak sendiri akan lari dari usrah.

Dan inilah sunnatulah kehidupan. Ianya dari pengalaman. Ianya dari sebuah penceritaan.

Kerana usrah adalah tali hubung kita pada dakwah ILa Allah.

Jangan sekali-kali biarkan ia terputus kerana emosi kita!

Moga kita sentiasa berada dalam jemaah dakwah ini.



Paling penting, istiqamah, dari awal permulaan tarbiyah, hinggalah ke penghujungnya insyaallah!


AisyahZ
London

sumber: Muharikah

Tuesday, September 21

Ingatan Buatmu, SIRAH MUZIKAL

Kamilah pemuda-pemudi cinta Rasulullah s.a.w dan para pejuang islam. Kata-kata yang sering diungkap tapi sering jua kecundang dalam meneruskan dan mengamalkan risalah yang telah dipertanggujawabkan ke atasmu ya Rasulullah. Itulah kelemahan kami. Dengan dosa yang tidak terhitung tapi kami masih tidak malu mengharapkan Rasulullah s.a.w agar sudi menerima kami sebagai umatnya moga diakhirat kelak kami terpilih untuk menerima syafaat dan doamu.

Sempena ingatan buatmu ya Rasulullah s.a.w, shahabah serta para perjuang dan pendukung islam yang telah membawa kepada kegemilangan islam,

Persatuan Belia Islam Nasional telah memasang azam dan usaha akan mengadakan satu program SIRAH MUZIKAL bagi membuktikan panggilan belasmu Rasulullah untuk mendukung risalah itu disahut juga menyuburkan kesedaran ramai manusia agar kegemilangan islam dapat kita kembalikan seperti yang pernah diraih suatu ketika dahulu.

Ia merupakan 1 program yang menyediakan pementasan teater sejarah jatuh bangunnya tamadun islam diperhebatkan dengan persembahan bertenaga artis nasyid tanahair.

SiRAH MUZIKAL 2010
Merentas Kegemilangan Ummah
http://www.sirahmuzikal.com/




Tempat:Dewan Auditorium D8,Blok D8,Kompleks D,Bangunan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 1,Putrajaya
Tarikh & Masa: 9 Okt 2010, 8malam
Harga Tiket: Pelajar RM10
Biasa RM 15
VIP RM30

untuk pendaftaran tiket online :
klik sini :http://sirahmuzikal.com/v1/?page_id=12


Disamping itu program ini juga merupakan salah satu projek untuk mengumpul dana bagi pembinaan Sekolah Tahfiz Bayu Syahadah di Kampung Bitoon, Ranau, Sabah yang dipengerusikan oleh Saudara Nazrey Johani, http://nazreytahfizsyahadah.blogspot.com/

Program ini adalah satu inisiatif daripada Persatuan Belia Islam Nasional bagi memperingati pengorbanan Rasulullah s.a.w, shahabah serta para pejuang islam

juga menyingkap sejarah hebat dari permulaan Islam muncul di Semanjung Arab saat turunya wahyu daripada Allah kepada Rasulullah s.a.w kemudian membawa kepada kejayaan dan kegemilangan Islam pada zaman kebangkitan kerajaan Islam Umayyah & Abbasiyyah..
sehinggalah kejatuhan satu persatu wilayah dan kerjaan Islam..dan detik2 terakhir kejatuhan Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924..

temui semuanya di Sirah Muzikal 2010,Dewan Auditorium D8,Blok D8,Kompleks D,Bangunan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 1,Putrajaya [bersebelahan JAKIM & Kementerian Luar Bandar]..


Untuk keterangan lanjut dan tempahan sila hubungi :
Syauqi :013-3078097
Hamdan : 013-6286991
Rosezalina : 013-6784972

Friday, August 20

Kitalah Duta-Duta Al-Aqsa

Pertama sekali, tahniah diucapkan kepada Seketeriat Mahasiswa Fakulti Akaun UiTM dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional(PEMBINA) atas usaha murni mengadakan majlis ilmu untuk edisi Ramadhan yang dinamakan 'Friday's Lecture' di Menara SAAS UiTM. Alhamdulillah, 2 program telah pun selamat dilaksanakan, dan 1 lagi program akan diisi oleh ukhti Ain daripada DQ.

Pada minggu lepas iaitu 13/08/2010 Dr.Syarifah yang juga aktivis PEMBINA telah memberikan pengisian yang padat mengenai 'Buyuutuna Fi Ramadhan'. Walaupun bertubuh kecil, lantang suaranya tidak kalah. Interaksinya bersama peserta-peserta membuatkan kami yang mendengar berhati-hati agar tidak terlepas untuk mendengar setiap patah perkataan yang dikongsikan. Menjadikan diri kita insan bertaqwa dan ibadah yang semakin hebat itulah natijah yang diharapkan daripada bulan Ramadhan ini. Kak Syaf juga menyatakan, bulan Ramadhan ini, umpama kita sedang menduduki satu peperiksaan besar..yang diharapkan amalan kita yang dihitung oleh Allah mendapat gred A++

Dan untuk minggu kedua Friday's Lecture 20/08/2010, penceramah jemputan khas daripada Aman Palestin iaitu Kak Hasimah Salleh bertajuk 'Break The Siege!'. Dimata saya, beliau seorang mujahidah yang cukup hebat..kuat. Keperihatinannya menyebabkan kak Shimah secara sukarela sanggup melangkau sempadan dan benua demi melihat sendiri penderitaan perit yang dialami rakyat Gaza.
Kak Hasimah Salleh bersama suaminya Ir. Zaini Awang tidak pernah lelah menguruskan Aman Palestin

Kenapa kita nak sangat pertahankan masjid Al-Aqsa?pertama ia adalah Tanah Waqaf, kedua Qiblat pertama umat Islam (yang pertama tentu sangat istemewa), ketiga satu-satunya bumi Israk Mikraj yang mana di sinilah perjalanan Rasulullah semasa Israk(dari Masjidil Haram ke Masjidil Al-Aqsa, keempat ia Bumi Para Anbia, dan kelima ia bumi jihad untuk umat islam.

Yang lebih menyentuh hati kami, apabila berkata mengenai makanan. Sebak. Daifnya mereka, hanya kepingan roti dengan kurma juga air, ingatkah kita rakyat Palestin disana berikat perut menahan lapar sedangkan kita sedap menikmati makanan yang berpinggan-pinggan juadahnya. Tapi mereka sudah biasa begitu.Dalam jiwa anak-anak kecil mempunyai semangat jihad yang tinggi. Tidak takut berhadapan musuh.


Diakhirnya, kak Shimah menyatakan 'Kita semua adalah duta-duta Al-Aqsa', yang perlu mendoakan rakyat Gaza agar masjid Al-Aqsa kembali kepada orang islam, mujahadah dalam memboikot barangan-barangan yahudi. Rasalah keperitan hendak menelan seteguk Coke, memakan KFC atau McD dan barangan boikot yang lain,

Moga Allah merahmati dan memberkati usaha-usaha besar yang dilakukan oleh kak Shimah.

Aktiviti sukarela sebenarnya satu aktiviti yang mulia di sisi Allah. Ini di tegaskan melalui firman-Nya, "Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa juga yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. "(Ali-Imran: 92)

Thursday, April 29

Patience

Found this poem from >>> http://www.islamicpoem.com/?q=node/29

Patience

Whether you are struggling or torn by strife
The best of virtues is patience and it is the key to life
As the Qur’an says: If patience, perseverance, and prayer is how you seek your Lord
Indeed you will receive Allah’s aid and double the reward
Remember after every hardship, there comes a time of ease
It is a fact that everything you do Allah always sees
So seek Allah and be patient you
Sooner or later this will pass through

There are two parts of faith which are the main necessities
Both sabr (patience) and shukr (gratitude) are the most complementary qualities
We will all be trialed and tested with difficulties, sadness or despair
Those who believe will find comfort with the words of Allah and will be aware
That tawwakal, trusting Allah is a tool for happiness and success
Following this, you will no longer distress or even digress
So seek Allah and be patient you
Sooner or later this will pass through

It is righteous to be firm and patient, in pain and adversity
Allah will test you in the form of happiness or calamity
So do not let helplessness and sadness override you in your situation
Instead bow down to Allah so you can be guided in the right direction
Indeed Allah is with those who are patient, as the Qur’an confirmed
May Allah make us amongst those who were patient and endured
So seek Allah and be patient you
Sooner or later this will pass through

Friday, February 12

Baling selipar pun jadilah!!!

Salam 'alaykum...

Salam Jumaat yang barakah... pelajar UiTM kini masing-masing bersiap pulang ke kampung halaman masing-masing bagi melepaskan rindu buat ahli keluarga masing-masing... tak terkecuali kami di Kolej Melati. Tapi, sebelum meninggalkan kampus tercinta ini, kami merancang secara spontan untuk melakukan beberapa aktiviti pada hari ini... kebetulan masing-masing tiada kelas..

Alhamdulillah, pagi tadi selepas Qiam Jamaie dan Subuh berjemaah, beberapa akhawat Kolej Melati beriadhah santai di court badminton... bola keranjang yang dibam berkali-kali di atas simen seawal 7.30 pagi bergema ke seluruh Kolej Melati menarik perhatian siswi-siswi yang sedang bersiap untuk ke kelas...

"budak-budak ni tak de kelas agaknya... pagi-pagi buta dah main bola.."

walaupun gelagat lucu kami bergelak ketawa di court badminton tersebut menghairankan ramai pihak, kami tetap dengan dunia kami...

dari satu permainan ke satu permainan kami beralih... dari bola keranjang ke bola jaring dan akhirnya kami bermain permainan tradisional "baling selipar"... rupa-rupanya permainan tradisional inilah yang paling mengeluarkan peluh...

bila masing-masing dah penat dan kaki pun kotor sebab tak pakai selipar, kami duduk muhasabah santai..

"tak bestla main sikit orang je.. kalau baling selipar main ramai-ramai lagi best..."
adat aktiviti spontan yang diputuskan selepas habis ma'thurat pagi tadi, mesti tak ramai yang maklum aktiviti ini..

"betullah, lagi ramai lagi best.. lambat sikit kalah.. ni kejap de dah kena baling selipar.."

"so, lain kali kita ajak lagi ramai turun main... baling selipar pun best ape.."

"Insya-Allah!!!" kami bertiga nekad..

jadi, untuk aktiviti riadah, anda semua dijemput untuk datang bermain "baling selipar-jepun" di Kolej Melati.. project manager: Ukhti Sakinah..

Rijal yang kuat lebih disukai Allah dari Rijal yang lemah.. jom sertai kami!!

Thursday, February 11

RAUDATUL QULUB

ALHAMDULILLAH..RAUDATUL QULUB TELAH BERMULA....

Pada malam 9hb Februari 2010, hari selasa, beliawanis PEMBINA telah memulakan kuliah pengisian yang dinamakan RAUDATUL QULUB..dimana kuliah ini akan berjalan setiap minggu pada waktu malam. Setakat ini kuliah ini dijalankan di Surau Teratai UiTM pada pukul 8.30mlm - 9.30 mlm..

Kuliah yang dijalankan baru-baru ini berkisarkan tentang "VALLENTINE DAY" .Dimana tarikh 14 FEBRUARY setiap tahun adalah hari yang tidak akan di tinggalkan oleh para belia masa kini untuk meraikan bersama pasangan cintan-cintun masing-masing.na'uzubillahiminzalik..

kuliah ini telah disampaikan oleh Dr. Syarifah @ kak syaf. Beliau merungkaikan topik tersebut dengan menarik sekali..byk isu yang dikupas oleh kak syaf. peserta yang menghadiri kuliah tersebut seramai 13 orang yg terdiri daripada pelajar dan seorang pensyarah UiTM.

Apa yang boleh saya katakan di sini adalah sekiranya kita selaku umat Islam meraikan hari tersebut seolah-olah kita meraikan kejatuhan umat Islam kerana seperti yang telah kita maklum ,hari tersebut adalah hari kematian umat islam beramai-ramai di kerajaan Granada(Andalusia),zaman kerajaan Umaiyyah.Kisah yang sangat menyedihkan kerana apa yang diceritakan oleh kak syaf,pembunuhan itu berlaku di dalam sebuah kapal yang membawa orang-orang islam keluar dari bandar granada selepas orang Rom menawan Andalusia.Lalu kapal itu dibakar..dan Al-Hambra(sebuah masjid) telah ditukar menjadi gereja.Dari luar bentuknya memang sebuah masjid..tetapi isi dalam bangunan tersebut adalah ia sebuah gereja..

Selain itu, Kak syaf ada menyentuh sedikit bab pergaulan antara lelaki dan perempuan dan mengeluarkan persoalan kepada peserta..'boleh ke kita couple?..macamana nak kahwin kalau tak bercinta dulu?..alhamdulillah ada peserta yang menjawab bahawa tidak boleh couple kerana ia boleh mengundang banyak maksiat dan lebih lagi kepada zina hati dan sebagainya.Cinta boleh dipupuk selepas berkahwin walaupun tidak bercinta sebelum berkahwin kerana kita sangat yakin dengan Ketentuan Allah.Apa yang penting untuk mendapat pasangan yang baik adalah kita berusaha utk menjadi muslim yang baik, berusaha melawan hawa nafsu utk mengamalkan Islam Keseluruhannya..

kuliah tamat pukul 10.30 mlm setelah selesai solat Isyak berjemaah,.

p/s..gambar kuliah akan disusuli kemudian..tak sempat copy dalam komputer sebab amik ngn handpone..

akhwat jgn lupa kita kena wat riadah petang ye..


wassalam..

Wednesday, February 10

Yang manis dirasa, yang pahit ditelan..

Salam alaykum akhawati al ahibba'!!

Tarbiah yang dilalui, diharungi, dirasai dan ditanam-sebati dalam kehidupan bukanlah pengisian yang sia-sia. saya teringat betapa sayunya hati seorang akhawat yang lama jauh dari tarbiah menangis kedukaan menginsafi kelemahan diri kerana sangat merasakan kerugian yang teramat... bagaimana kita?

apakah ia seperti makanan rutin kita, bila berkurangan, ia kelaparan, bila berlebihan, ia kekenyangan... berlakulah proses "amal" menanti masa kelaparan kembali.. lalu bila ditanyakan apakah erti tarbiah pada diri, masing-masing dengan definisi sendiri.. rasakah anda tarbiah itu adalah segala-galanya?

tanpa tarbiah, kita jahiliah.

jahil hakikat kehidupan, jahil pengetahuan agama, jahil dalam pengabdian... jahil... jahil.. lalu kerana tarbiah inilah kita jadi berilmu.. lalu udara kita sekarang tak sama udara kita lima tahun yang lalu... lalu kerana tarbiah inilah kita menjadi "seseorang".. seseorang yang juga menjalankan tarbiah untuk manusia lain, agar mereka juga merasai "manis"nya tarbiah yang kita rasai...

akhawat yang dicintai,
kalau dulu kita merasakan jalan yang kita lalui sungguh lambat dan memakan masa.. susah dan sukar.. sangat kurang produktiviti.. kini di sekitar kita, manusia masing-masing merasai kehidupan beragama, kalau dulu surau penuh sawang kita yang bersihkan, kini ia bagai satu pusat aktif dengan aktiviti dakwah...

kalau dulu insan sekitar kita malu-malu menunjukkan pendirian Islamik, kita lantangkan.. lalu bangunlah jiwa-jiwa menjadi berani membawa risalah Allah... kalau dulu orang yang bertudung labuh boleh dikira dengan jari, kini ia bagaikan trend baru.. alangkah bersyukurnya...

akhawat yang dicintai,
adakah ini masanya untuk kita mengira kejayaan tarbiah dan dakwah kita? adakah ini masanya untuk kita mengaku kitalah yang memulakan semua ini? adakah ini masanya untuk kita berbangga dengan segala perubahan ini?

tidak, akhwat tersayang...

jalan kita sangat jauh... di tengah-tengah jalan itu ada duri-duri ranjau.. istighfarlah bersama andai ada ujub dan bangga... saya sangat pasti akhawat meletakkan niat yang ikhlas dalam jalan kita ini... ana yakin itu.. Insya-Allah.. ya, jalan yang jauh yang melelahkan. tapi di sana ada kemuliaan.. Insya-Allah..

tapi, akhawati...

kenapa bilangan kita sedikit? kalau sedikit, susahlah kita nak kembangkan dakwah kita... siapa yang akan mewarisi dakwah kita nanti?

mari kita susuri sirah agung Mus'ab Bin Umair, sungguh saya kagum peribadi ini.. kerana dzatiyah (tolakan dalaman) yang sungguh tinggi hasil tarbiah Rasulullah s.a.w, hampir seluruh penduduk Madinah tunduk pada cahaya Islam..

mampukah kita jadi seperti beliau? ya, sangat mampu!

"sedikit tapi bernilai, atau ramai tapi kosong?"

ayuh akhawat, gerakkan jentera kita. bersama-samalah manusia yang mahu mengajak kepada kebaikan. dengan tarbiah yang kita dapat, jadikan diri kita qudwah kepada mereka, matang dalam membuat keputusan, berani dalam membuat anjakan paradigma dan meletakkan seluruh usaha itu pada bahu, tapi hasilnya pulangkan pada Allah...

isilah rongga-rongga kosong jiwa dengan "makanan rutin", perbanyakkan qiamullail fardhi, memohon diberi kekuatan, kesabaran dan kemenangan... lalu, jadilah kita manusia "baru" di setiap hari.. di setiap kita ada bahagian dan tugas masing-masing.. semua orang tak boleh menjadi ketua, tapi tak semua hanya menjadi pengikut...

ada masanya kita mengikuti qudwah akhawat yang lebih berpengalaman sebagai mutiara hingga tiba masanya kita pula yang menjadi qudwah..

sesungguhnya tarbiah yang kita jalani sungguh istimewa, lain dari tarbiah yang lain... tarbiah yang telah diuji keberkesanannya, tarbiah yang dijalani para salafussoleh, tarbiah yang menaikkan kegemilangan Islam suatu tika dulu.. tarbiah yang mengakar dari Rasulullah s.a.w... kalau kita merasai betapa istimewanya tarbiah ini, kita takkan teragak-agak untuk menyampaikan pada orang lain, supaya mereka juga merasai betapa istimewanya tarbiah kita...

kitalah "mentari" itu...

wallahua'lam..

Thursday, January 7

لماذا نصلي الظهر والعصر سراً؟

Why do we pray Zuhr and Asr Silently?


By:
Muhammed Salih Al-Munajjid






Praise be to Allaah.



It was decreed that recitation in Zuhr and ‘Asr should be done silently because the time of these prayers is during the day, and at that time a person's mind may be preoccupied with a lot of thoughts, as he is busy with his work or trade or manufacturing. If the recitation were to be done out loud, his mind would be distracted and he would not listen attentively to the imam’s recitation; he would not listen to it or devote his attention to it; rather other things would come to mind and distract him. So he was commanded to recite to himself so that his recitation will make him think and ponder. It is well known that if people pray in congregation for Zuhr or ‘Asr prayer, they should not recite out loud, because then they would distract one another. So both the imam and the one who is praying behind him are enjoined to recite silently. But with regard to the prayers that are offered during the night, in most cases people are free from distractions so the imam is enjoined to recite out loud, so that others may benefit from his recitation.



With regard to the verse which you mention, it applies only to qiyaam al-layl and tahajjud. If a person is praying and there are people around him who are listening to his recitation and others who are asleep, then he should not recite so loudly as not to disturb those who are sleeping or so quietly as to cause those who are listening to him to miss out on any benefit; rather he should recite at a moderate volume, enough to be heard but not so loud as to disturb those who are asleep. It also states in the verse that the Messenger (blessings and peace of Allah be upon him) used to recite out loud and the mushrikeen heard him and reviled the Qur'aan and the one who had bought it, so he was forbidden to recite out loud and he began to recite silently, but then the members of his household and those who were listening to him missed out on the benefit, so he was enjoined to recite at a moderate volume.