RSS

Thursday, November 29

Ekspedisi Beliawanis, Kembara Inspirasi




         Shah Alam, 12 November 2012 - Seramai 13 orang beliawanis PEMBINA Shah Alam telah menyertai ekspedisi yang penuh inspirasi selama dua hari pada 10 – 11 November 2012. Ekspedisi atau jaulah ini bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwwah antara penggerak PEMBINA Shah Alam di samping menceduk pengalaman-pengalaman dan nasihat qudama’ Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Semua peserta berkumpul di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam. Aktiviti dimulakan dengan solat sunat Dhuha dan taklimat ringkas berkenaan destinasi dan perjalanan.

     Destinasi-destinasi pada hari pertama jaulah adalah kediaman Ustazah Wirdaningsih Ahmad, unit Tarbiyah ISMA Shah Alam, kediaman Encik Dollah Sani Suratman, Yang Di-Pertua ISMA Shah Alam, kediaman Puan Rokiah Aziz, Ketua Wanita ISMA Shah Alam dan kediaman Puan Zaharah Johari selaku Ketua NAZIM Pusat. Jaulah pada hari pertama tamat hampir jam 8.30 malam dan diteruskan dengan program MABIT atau Malam Bina Iman dan Taqwa. Pengisian yang bertajuk Rabbaniyah dan Materialisme yang disampaikan sangant menyentap jiwa dengan realiti masyarakat hari ini. Kesimpulan daripada pengisian tersebut adalah
  1.  Kita hendaklah mengetahui penyakit yang melanda masyarakat hari ini
  2.  Sabar dalam menjalani rawatan dan
  3.  Jadilah doktor yang merawat.

      Beliawanis PEMBINA mara selangkah lebih jauh pada hari kedua dengan menziarahi tokoh-tokoh ISMA di Bangi. Tokoh yang diziarah adalah Puan Shazamawati Zamhashari selaku AJK ISMA DHL dan Puan Rashidah selaku unit Sekretariat Antarbangsa (SEKTAR) Pusat.

        Pelbagai perkongsian berkenaan latar belakang, tarbiyah dan ilmu-ilmu yang sangat berharga. Justeru, ukhuwwah yang sudah terbina semakin kukuh dan pengalaman-pengalaman yang diperoleh sepanjang jaulah menjadi inspirasi dalam memacu dakwah generasi hari ini.



 MEDIA PEMBINA