RSS

Saturday, October 17

Kuatkan Hati



Saudaraku,
Dulu semalam dan hari ini,
Kau melihat generasi demi generasi menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari Allah. Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan dan bertanya:
"Apa yang harus ku lakukan untuk menebus kelelahan umat ini??"
Jawabku:"Bukankah kau adalah da'i dan mujahid??"
Katamu lagi: "Tapi langkahku terlalu lambat.."
Jawabku:" Kau lambat kerana kau sendiri sibuk dengan urusan duniamu..Mengejar impianmu dan lupa akan hari kebangkitan"
pada hari itu amalmu terbentang, tubuhmu terbuka. apakah di sana ada bekalmu..
pada akhir zaman, orang-orang yang memegang tali perjuangan itu bagaikan menggenggam bara api, andai terus digenggam hancur luluh jiwanya,Namun andai dilepaskan hancurlah dunia. jangan takut untuk berjuang kerana orang-orang yang berjuang ini memang dirintangi ujian. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.
kita hidup untuk perjuangan dan mati untuk kehidupan...syurga impian

Thursday, October 15

masa

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

1. Demi masa.

2. Sungguh, manusia berada dalam kerugian.

3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran

Terkesankah kita dengan kalam Allah ini? ayat yang sering diulang baca, dalam solat, habis usrah, habis 'meeting'.

Ianya bukan sekadar kumitan bibir kita melafazkan..tapi kalam Allah ini sungguh bermakna buat kita..juga sebagai peringatan buat kita.

Kerana, Allah telah bersumpah demi masa ini, manusia, yakni kita-kita ini dalam kerugian, kecuali bagi mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

bukanlah saya ingin mengupas tafsiran surah al asr ini, cuma ingin berkongsi, peringatan buat saya dan kita semua tentang pengurusan masa.

Jangan kita di kaburi bahawa kita yang berada di barisan ini, sudah terjamin bahawa masa kita itu telah kita gunakan dengan sebaiknya..ingatlah siapa pun kita, usahalah agar masa itu berada di genggaman kita, bukan kita di kuasai masa.

Sebagai pelajar , pekerja sekalipun, masa itu penting sangat untuk kita uruskan seoptimumnya, kita kena pandai letakkan prioriti sesuatu tugasan atau pun kerja itu pada tempatnya. Supaya tuntutan kerja itu terlaksana dengan baik. Dan, sebagai daie, kita menjadi tauladan dan contoh buat mereka-mereka yang berada di sekeliling kita. Andainya kita sebagai pelajar, ‘assignment’ , ‘report’ dan seumpamanya hendaklah di siapkan pada waktu dan secemerlang yang mungkin. Bukan sekadar ‘copy n paste’ dan esok nak hantar, hari ini baru kita cari maklumat dan hasilnya mungkin tidak sebaik yang diharapkan oleh pensyarah. Sebaiknya, kita hendaklah menjadi pelajar contoh buat kawan-kawan yang atau paling tidak jangan jadi daie ‘ cakap tak serupa bikin’ atau menjadi fitnah pada dakwah itu sendiri.

Sebagai pekerja begitu juga, tuntutan kerja yang tidak menentu membuatkan kita sering tak terkejar dek kerja yang bertimbun, nak-nak pula jenis ‘bos’ yang bagi kerja ikut suka hati nak bagi bila. Tapi, jangan jadikan itu sebagai alas an utama, usaha atasi. Mungkin boleh dikupas isu ini pada entri yang akan datang.

Dalam kita berdakwah begitu juga, kita kena ingat, masa itu bukan hak milik kita seorang, masa itu Allah tidak beri pada kita sahaja, Allah beri pada semua manusia, tidak kira siapa pun dia, jadi cubalah kita hormati masa orang lain. Sebagai daie, masa kita adalah sangat terhad, sama-samalah kita gunakan seoptimum mungkin dengan amalan yang dapat menjadi bekalan buat kita dihari kemudian..

Bersambung…..

Tuesday, October 13

Majlis Ihya' Ramadhan

15 September 2009- PEMBINA Selangor telah dijemput untuk bersama Majlis Ihya Ramadhan Y.B. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bersama Para Ulama, Cendekiawan dan NGO Islam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Lembaga Zakat Antarabangsa (IZO).

ihya1

Majlis yang julung-julung kalinya diadakan di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dihadiri oleh 800 orang peserta yang terdiri daripada golongan Para Ulama, Cendekiawan dan NGO Islam. Pihak Pembina Selangor sendiri telah menghantar delegasi seramai lima orang ke majlis ini.

Majlis dimulakan pada pukul 5.00 petang dengan satu ceramah yang disampaikan oleh motivator yang tidak asing lagi Y.Bhg. Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah bin Kamsah yang bertajuk “Ramadhan Menjana Kualiti dan Produktiviti Insan”.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Y.B. Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir bin Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Bersempena dengan majlis ini, Y.B. Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim Daerah Sepang, penghuni Rumah Anak Yatim Limpahan Kasih (LARK) Daerah Puchong dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran daripada ahli-ahli Persatuan Ibu bapa dan Penjaga Kanak-kanak Pekak, Kuala Lumpur (PESIBA).

Pembina Selangor melihat majlis ini sebagai satu titik tolak kepada perkenalan dan kerjasama yang berkesan bersama NGO-NGO islam yang lain khususnya di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan pada masa-masa akan datang.

Tuesday, October 6

nafas baru..author baru...

Bismillah...

salam muqaddimah sejak sekian lama menyepi... nampaknya author-author sufi askari masing-masing sibuk dengan agenda masing-masing... terkejut juga bila tengok balik blog ni, ada yang "terdelete"... hehe.. sape lah tu... alhamdulillah sempat selamatkan lagi...

asif jiddan sebab diri sendiri rasa bersalah tak monitor blog ni... memang menjadi cabaran bila kita melakukan kerja secara berkumpulan. tapi sebenarnya, dalam berkumpulan itu lebih banyak fadhilat berbanding bekerja sendiri... hehe..

ana tahu author yang sedia ada sudah ada personal blog. mungkin susah nak bahagi-bahagikan masa hantar entri dengan kekangan masa dan kekeringan idea... tapi, ana menyeru akhawat sekalian... ayuh bergabung tenaga, dengan jarak yang memisahkan, semoga medan yang ada ni kita fully-utilisedkan untuk sama-sama me"revive" tenaga dan semangat kita...

oleh kerana itu, ana dengan kuasa veto yang ada... eceh.. ingin menyelamatkan medan kita ni dari tenggelam sepi tanpa berita.. insya-Allah, ana akan tambah beberapa author baru, supaya lebih ramai yang boleh menghantar entri ke blog ini...

jadi, ana mencadangkan bahawa blog ini adalah hasil pengumpulan idea-idea oleh ahli-ahli BELIAWANIS PEMBINA SAK...

mungkin ada entri yang boleh dimasukkan ke web pembina, jika diperlukan... amacam team media PEMBINA? ok tak?

ok... jom kawan-kawan.. sama-sama kita postkan entri yang boleh mengetuk hati-hati yang membaca, termasuklah diri kita sendiri...


jalan yang ku pilih ini,
jalan yang panjang dan penuh cabaran,
lalu ku mendongak,
memohon seorang teman di sisi,
bagi menemani perjuangan ini...

lalu doaku diperkenan,
muncullah seorang demi seorang bidadari,
yang sabar, thabat dan kuat,
dan awaklah orangnya!!!!!

ayuh bidadari sekalian,
bertebaranlah kita di muka bumi Allah,
menegakkan kalimahNya,
dan dengan ikatan ukhuwah yang pernah terjalin,
menjadi sumber kekuatan,
bak tumbuhan yang sungguh memerlukan cahaya mentari...

I REALLY LOVE YOU IN ALLAH!!!
uhibbukunna fillah!!