RSS

Friday, August 20

Kitalah Duta-Duta Al-Aqsa

Pertama sekali, tahniah diucapkan kepada Seketeriat Mahasiswa Fakulti Akaun UiTM dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional(PEMBINA) atas usaha murni mengadakan majlis ilmu untuk edisi Ramadhan yang dinamakan 'Friday's Lecture' di Menara SAAS UiTM. Alhamdulillah, 2 program telah pun selamat dilaksanakan, dan 1 lagi program akan diisi oleh ukhti Ain daripada DQ.

Pada minggu lepas iaitu 13/08/2010 Dr.Syarifah yang juga aktivis PEMBINA telah memberikan pengisian yang padat mengenai 'Buyuutuna Fi Ramadhan'. Walaupun bertubuh kecil, lantang suaranya tidak kalah. Interaksinya bersama peserta-peserta membuatkan kami yang mendengar berhati-hati agar tidak terlepas untuk mendengar setiap patah perkataan yang dikongsikan. Menjadikan diri kita insan bertaqwa dan ibadah yang semakin hebat itulah natijah yang diharapkan daripada bulan Ramadhan ini. Kak Syaf juga menyatakan, bulan Ramadhan ini, umpama kita sedang menduduki satu peperiksaan besar..yang diharapkan amalan kita yang dihitung oleh Allah mendapat gred A++

Dan untuk minggu kedua Friday's Lecture 20/08/2010, penceramah jemputan khas daripada Aman Palestin iaitu Kak Hasimah Salleh bertajuk 'Break The Siege!'. Dimata saya, beliau seorang mujahidah yang cukup hebat..kuat. Keperihatinannya menyebabkan kak Shimah secara sukarela sanggup melangkau sempadan dan benua demi melihat sendiri penderitaan perit yang dialami rakyat Gaza.
Kak Hasimah Salleh bersama suaminya Ir. Zaini Awang tidak pernah lelah menguruskan Aman Palestin

Kenapa kita nak sangat pertahankan masjid Al-Aqsa?pertama ia adalah Tanah Waqaf, kedua Qiblat pertama umat Islam (yang pertama tentu sangat istemewa), ketiga satu-satunya bumi Israk Mikraj yang mana di sinilah perjalanan Rasulullah semasa Israk(dari Masjidil Haram ke Masjidil Al-Aqsa, keempat ia Bumi Para Anbia, dan kelima ia bumi jihad untuk umat islam.

Yang lebih menyentuh hati kami, apabila berkata mengenai makanan. Sebak. Daifnya mereka, hanya kepingan roti dengan kurma juga air, ingatkah kita rakyat Palestin disana berikat perut menahan lapar sedangkan kita sedap menikmati makanan yang berpinggan-pinggan juadahnya. Tapi mereka sudah biasa begitu.Dalam jiwa anak-anak kecil mempunyai semangat jihad yang tinggi. Tidak takut berhadapan musuh.


Diakhirnya, kak Shimah menyatakan 'Kita semua adalah duta-duta Al-Aqsa', yang perlu mendoakan rakyat Gaza agar masjid Al-Aqsa kembali kepada orang islam, mujahadah dalam memboikot barangan-barangan yahudi. Rasalah keperitan hendak menelan seteguk Coke, memakan KFC atau McD dan barangan boikot yang lain,

Moga Allah merahmati dan memberkati usaha-usaha besar yang dilakukan oleh kak Shimah.

Aktiviti sukarela sebenarnya satu aktiviti yang mulia di sisi Allah. Ini di tegaskan melalui firman-Nya, "Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa juga yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. "(Ali-Imran: 92)

No comments:

Post a Comment