RSS

Thursday, November 29

Ekspedisi Beliawanis, Kembara Inspirasi




         Shah Alam, 12 November 2012 - Seramai 13 orang beliawanis PEMBINA Shah Alam telah menyertai ekspedisi yang penuh inspirasi selama dua hari pada 10 – 11 November 2012. Ekspedisi atau jaulah ini bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwwah antara penggerak PEMBINA Shah Alam di samping menceduk pengalaman-pengalaman dan nasihat qudama’ Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Semua peserta berkumpul di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam. Aktiviti dimulakan dengan solat sunat Dhuha dan taklimat ringkas berkenaan destinasi dan perjalanan.

     Destinasi-destinasi pada hari pertama jaulah adalah kediaman Ustazah Wirdaningsih Ahmad, unit Tarbiyah ISMA Shah Alam, kediaman Encik Dollah Sani Suratman, Yang Di-Pertua ISMA Shah Alam, kediaman Puan Rokiah Aziz, Ketua Wanita ISMA Shah Alam dan kediaman Puan Zaharah Johari selaku Ketua NAZIM Pusat. Jaulah pada hari pertama tamat hampir jam 8.30 malam dan diteruskan dengan program MABIT atau Malam Bina Iman dan Taqwa. Pengisian yang bertajuk Rabbaniyah dan Materialisme yang disampaikan sangant menyentap jiwa dengan realiti masyarakat hari ini. Kesimpulan daripada pengisian tersebut adalah
  1.  Kita hendaklah mengetahui penyakit yang melanda masyarakat hari ini
  2.  Sabar dalam menjalani rawatan dan
  3.  Jadilah doktor yang merawat.

      Beliawanis PEMBINA mara selangkah lebih jauh pada hari kedua dengan menziarahi tokoh-tokoh ISMA di Bangi. Tokoh yang diziarah adalah Puan Shazamawati Zamhashari selaku AJK ISMA DHL dan Puan Rashidah selaku unit Sekretariat Antarbangsa (SEKTAR) Pusat.

        Pelbagai perkongsian berkenaan latar belakang, tarbiyah dan ilmu-ilmu yang sangat berharga. Justeru, ukhuwwah yang sudah terbina semakin kukuh dan pengalaman-pengalaman yang diperoleh sepanjang jaulah menjadi inspirasi dalam memacu dakwah generasi hari ini.



 MEDIA PEMBINA






Wednesday, May 9

Diari: Jaulah dan Ibrah

Bismillahirrahmanirrahim...

Hampir seminggu berlalu. Namun kenangan itu tetap tersemat di dalam mengecapi nikmat anugerah Al-Khaliq. Pada 4 Mei 2012 yang lalu, kembara 2 buah ViVa dengan 8 orang akhawat menuju ke Kuantan untuk menyahut cabaran mukhayyam muaskar di Amansari Beach Resort. Kembara kami diketuai murafiq (zauj ukhti Ros) dan kak Ros mengambil masa lebih kurang 5 jam. Usai urusan akademik di siang hari, kami bermujahadah menempuh kedinginan malam. Kembara kali ini melibatkan 5 orang akhawat UiTM dan 2 akhawat Monash. Sungguh inilah perjalanan yang indah buat kami. Meskipun akhawat dah kenal antara satu sama lain, tetapi jaulah ini mempertaut hati-hati kami.


Dalam perjalanan, sesi taaruf rancak. Ditemani rintik-rintik hujan dan pancaran kilat, mulalah akhawat sharing pengalaman dan kisah kehidupan walaupun dalam kereta. Sebelum ini hanya nama dikenali, saat itu empunya diri difahami.

Lelah sepanjang perjalanan yang gelap akhirnya tamat apabila sang Viva memasuki susur ke Gambang. Menuju ke arah PEkan, suasana menyepi tatkala ada antara kami keletihan dan menyahut seruan malam. Kereta di jalanan laju belaka. Gerimis yang mematuhi perintah Allah turun ke bumi membuatkan kami berhati-hati. Sungguh, Allah lah sebaik-baik perancang. Takdir Allah, ketika menempuh lopak air di jalanan, sang Viva berdentum dari arah belakang. Panik. Istighfar memecah sunyi. "Astaghfirullahal'adzim...kereta kami dilanggar dari belakang."

Alhamdulillah hikmah pentingnya murafiq jaulah yang jauh ni tersingkap jua. Meskipun begitu, empunya kereta tenang menghadapi suasana. Inilah TARBIYYAH. Inilah perancangan Allah. Muhasabah Kak Ros, marilah betulkan niat semula. Inilah peringatan Allah. Inilah ujian Allah, tanda sayangnya Allah kepada kita. Perjalanan diteruskan dan perbincangan antara kedua-dua pihak berlangsung secara harmoni.

Mulanya aktiviti muaskar dengan qiamullail, subuh, matsurat kubro dan tazkirah berkenaan Ummu Haram Binti Milhan oleh Ukhti Hazirah dari Monash. Bermulanya cabaran muaskar dengan pembahagian 8 kumpulan. Nama kumpulan yang unik menuntut semua peserta membuat trademark yang unik juga. Meskipun masing-masing berbeza kawasan, namun tarbiyyah memudahkan kami bekerjasama. Explorace yang memerlukan setiap kumpulan pergi setiap check point membawa ibrah yang sangat penting. Antara check point yang menyentap jiwa penulis adalah pengorbanan. Peserta dikehendaki membuat line yang panjang dari satu titik ke titik yang lain menggunakan diri sendiri dan segala yang ada pada diri saat itu. Aktiviti yang biasa dilakukan di mana-mana program tapi pengajarannya memberi impak yang besar. Di sinilah pengorbanan peserta diuji tatkala fasilitator mengkhabarkan, setiap barang yang digunakan akan diambil terus. Di sinilah pengajarannya bahawa kita sepatutnya mengorbankan apa sahaja yang perlu untuk jalan dakwah seperti Khadijah yang sanggup mengorbankan tulang-belulangnya untuk dakwah Rasulullah SAW.



Dengan deria mata tertutup, berpandukan deria telinga, setiap peserta perlu mendengar arahan fasilitator meredah kegelapan malam dalam Liku-liku Zainab. Kepercayaan yang tinggi diletakkan ke atas fasilitator. Berbekalkan sebiji tembikai yang besar dan berat untuk setiap kumpulan, dawai kawat ditempuh, terowong kecil yang dihampar dengan kesejukkan ais diredah dengan bau serbuk kari dan kapur barus menusuk deria bau. Meskipun cabaran ini tidak sehebat dugaan Zainab Al-Ghazali, namun muhasabah oleh Ustazah Hayati menyentuh hati-hati kami.


Lelah semalam masih tidak hilang. Tazkirah Subuh memberi dugaan kepada sang mata. Penyamapaian berkenaan Fatimah Az-Zahra oleh akhawat Gombak membuat ramai peserta menyekang mata mendengar dan menyaksikan aksi mereka dalam penyampaian yang sangat dinamik secara berkumpulan. Hari kami diteruskan dengan meredah hujan mencari check point. Namun, tatkala guruh di langit dan kilat memancar memberi isyarat aktiviti perlu diberhentikan. Meskipun basah, semangat JIDDIYAH terus membara. Inilah yang kami dapat di mukhayam kali ini. UKHUWWAH ISLAMI, SEMANGAT JIDDIYAH DAN MELAZIMI AMAL JAMAIE. Sangat banyak ibrah yang diperoleh di samping serba sedikit penerangan berkaitan Bait Muslim. Antara yang boleh penulis highlightkan adalah:

1. Ukhuwwah Islamiyyah dan Tarbiiyah
2. Istisyar dan Isti'zan sangat penting untuk kelangsungan dakwah
3. Memahami dan melazimi Amal Jamaie
4. Dan yang paling penting, SEMANGAT JIDDIYAH!






Banyak pengalaman yang dikongsi bersama akhawat. SUngguh, berukhuwwah lillahi taala itu sangat INDAH!!!!

Monday, April 2

Ladies Day Outz!!!



Assalamualaikum semua….

     Ladies Day Outz...alhamdulilah selesai sudah program santai pada 1 April yang lalu. Program berlangsung seawal 8 pagi. Program ini melibatkan mahasiswa dari ipt dan ipts sekitar Shah Alam. Seperti UITM Shah Alam, UITM Puncak Perdana, UITM Puncak Alam, Monash University, Msu, Unisel dan Sunway Collage. 

     Bukan mudah sebenarnya nak mengumpulkan peserta yang berlainan ipt untuk bersama dalam satu program. Tapi akhwat telah membuktikan ianya bukan perkara mustahil yezz .kesemua peserta bertemu di taman tasik Shah Alam, alah! Yang dekat dengan kedai kopi tuer…tapi dok kat situ bukan nak minum kopi tapi…..nak bersenam,,yezz…memang mantap la akhwat nak bersenam, tapi bukan bersenam yang biasa-biasa jer,,tapi kami buat senam aerobik..adoish…biar betul akhwat nak terlompat-lompat kat depan orang ramai,,,segan ;). Tak la, kami lakukan senamrobik tu kat tempat tersorok sikit..kat ne ye? Suhhh, diam-diam tau jangan kasi tahu orang tau. 

     Nak tau x sape jadi kepalanyer? Ukhti Ili Diyana n de geng (Fadhilah, Azimah). Per… biar betul cam tak percaya jer akwat ada yang pandai ajar aerobic. Alunan lagu Maher zain dan Unic menjadi latar senaman kami. Not bad la, instructor dia cam dah expert je. Enjoy. Senaman ini mengambil masa selama 1 jam. Peserta-peserta pun bukan main suka lagi..Alhamdulilah ad la jugak aktiviti yang dapat membakar lemak kat badan ni yang dah lama tepu..

     Selepas bersenam, sedikit kudapan diberikan untuk mengisi perut dan tekak yang dah kering, jazakillah kak Nabihah bagi roti dan air kotak J Sambil itu halwa telinga kami dijamu dengan sedikit tazkirah dari ukhti Aini (alah doctor gigi tu). Berkisarkan 10 muwasafat tarbiyah. Sesi ini berlangsung santai si bawah pokok yang rending, di pancari matahari pagi subhanallah damainya. Selesai sudah sesi pengisian. 

     Kak Syu dan Syafikah tampil untuk pembahagian kumpulan. Terdapat 10 kumpulan, setiap kumpulan dianggotai 6 orang peserta termasuk fasi.nak wat ape yerk kumpulan bagai ni. Jeng…jeng..kami nak main boling di Plaza Alam sentral Shah Alam. Ha..terkezut ker.. jangan ingat kami tak  boleh main. 

     Jam 10.15 pagi semua peserta bersedia di landasan masing-masing, di beri tempoh percubaan selama 5 minit jer, jangan lebih-lebih ye :).bermacam- macam aksi yang di tunjukkan perserta. Bagi yang baru belajar nak main tu, apa ker lagi tanyer pada yang pakar lah..hehe…bagi yang dah memang handal  tur tersenyum puas la..erm..bagi yang asyik masuk lonkang tu x kisah la, ni bukanyer sukan Asia ker. Janji puas dan enjoy dengan kengkawan.kat sini lah masa nak mengenali satu sama lain, maklumlah semua datang dari latar yang berbeza.

     Sejurus selepas itu, upacara penutup yang diserikan dengan kehadiran ukhti Zaireen dan baby Izzah yang sangat comel…semua peserta mendapat habuan berupa hamper . Boleh la kongsi sikit-sikit. Seperti biasa upacara merakamkan kenangan terindah… Sebenarnya bukan keseronokan semata-mata, tapi input dari tazkirah dan saling berkenal-kenalan itu yang paling penting..so sampai disini saja..jumpa lagi di lain program..


Untuk gambar, layari www.pembinashahalam.com atau klik di sini