RSS

Tuesday, December 29

KASBI 09 : Skuad Beliawanis Jerung Mengganas!!!

19 Disember 2009, Sabtu - Pasukan Beliawanis Shah Alam/Klang (SAK) telah menghantar dua pasukan dalam acara bola jaring dan bola tampar dalam menyahut cabaran Karnival Sukan Belia Islam (KASBI) 2009 yang bertemakan “Menzahirkan Keperkasaan Belia” bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk acara perasmian dan German-Malaysian Institute (GMI) bagi acara-acara kategori wanita.
Aksi sopan tapi menyerlah skuad beliawanis SAK

Pasukan beliawanis bersama trofi-trofi kemenangan

Justeru para pemain yang terus berkobar-kobar semangat terus memberikan permainan yang mantap meskipun cuaca ketika itu hujan. Pasukan bola tampar “Shark Alam Warriors” menentang pasukan Melaka untuk permainan pertama. Meskipun memperoleh mata terkebelakang berbanding pasukan Melaka pada awal permainan, setiap pemain terus memberi semangat antara satu sama lain dalam mengejar mata. Laungan-laungan takbir serta ” daripada surah al-Anfaal ayat 17 yang bermaksud “dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar tetapi Allah lah yang melempar ” membakar semangat peserta untuk terus memberi saingan yang sengit. Sorakan ”Dua Digit” juga bergema dalam memberi sokongan kepada pemain mengejar mata. Namun begitu, “Shark Alam Warriors” tetap tewas kepada Melaka.

Kekalahan terhadap Melaka sama sekali tidak melemahkan semangat pemain malahan sorakan dan laungan takbir yang bersahut-sahutan daripada penyokong SAK memberikan nafas baru kepada pemain untuk memberi saingan yang sengit kepada pihak lawan. “Shark Alam Warriors” berjaya menewaskan pasukan DHL dan Penang meskipun dalam keadaan cuaca yang hujan.

Cergas dan tangkas dalam gaya sopan

Cergas dan tangkas dalam gaya sopan

Kapten pasukan bola tampar “Shark Alam Warriors”, Nor Atiqah Dollah Sani sedikit pun tidak gentar dengan pihak lawan yang sentiasa membuat servis yang mantap sebaliknya memberi permainan yang cemerlang dengan melakukan servis sebanyak 7 kali berturut-turut dalam mengutip mata ketika menentang pasukan Penang. “Shark Alam Warriors” amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmatnya, pasukan bola tampar SAK yang diiringi dengan sokongan dan sorakan yang ceria berjaya merangkul naib Juara.

Kejayaan ini sedikit sebanyak mengubat kekecewaan pasukan bola jaring yang tewas di tangan pihak lawan.

Tahniah juga diucapkan kepada saudari Khairunnisa Mazlan, Nurul Izzah Fauzan serta Athirah Taha atlet SAK yang tidak mengenal penat dan lelah yang telah mewakili dalam kedua-dua acara bola jaring dan bola tampar.

-Siti Fatimah Abu Talib

Foto oleh: Hidayah Jasmi dan Norhismalisa


http://pembinaselangor.com

http://pembina.com.my/kasbi/

http://ismashahalam.net/v1/?p=444

Monday, November 9

10 Kebaikan Coca-cola



" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/so di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
_____________________________________________________________________________

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
_____________________________________________________________________________

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
_____________________________________________________________________________

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
_____________________________________________________________________________

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
_____________________________________________________________________________

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
_____________________________________________________________________________

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
_____________________________________________________________________________

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!
_____________________________________________________________________________

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .
Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!
____________________________________________________________________________

9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.
Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan id yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
_____________________________________________________________________________

10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.
Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

Jadi,
sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll.

Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah

P/S : Masih nak minum Coke??Ala-ala AJINOMOTO....Keep a healthy LIFESTYLE!!!

SAY NO TO COKE! SAY NO TO AJINOMOTO!!!!!!!!!

Marhalah Hidupku...



“Huh…penatlah…dah…kita berhenti dulu la ye…tak larat…tak warming up pun tadi…”

“Dah penat ke?Hehe...tadi kata nak main dua tiga jam...baru 45 minit ni..."

“Sudahlah…perli ke?”

“Tak la perli…flashback je…tu la…hanya cita-cita je yang besar tanpa kemampuan yang sama mungkin mengundang musibah”

“La..musibah apa pula? Main badminton pun boleh ada musibah ke?”

“Sya... Cuba la absorp kenyataan tu dalam skop yang lebih luas…let’s say, in our life…”

“Erm…Sya tak fahamlah Dijah..badminton pun boleh aplikasi dalam kehidupan kita ke?”

“Ni tak faham ke atau buat-buat tak faham…?” Soal Khadijah kepada sahabatnya itu.

“Yelah…sekarang Dijah tengah cakap pasal badminton kan?”

“Sahabatku Aisya Humaira’…”

Hidup kita hanya sementara,

Menjadi musafir di dunia yang fana,

Ditemani cahaya terik di siang hari,

Dihembusi angin malam menyejuk jiwa,

Hujan bisa sahaja turun tanpa dipinta,

Badai bila-bila sahaja akan menyapa...

Warkah menuju syurga,

Tercatit dalam firman-firman Yang Maha Esa,

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan "Kami telah beriman“ sedangkan mereka tidak diuji?"

Mehnah tumbuh melata,

Kerehatan bukanlah untuk selama-lamanya,

Tanpa usaha manakan sampai ke puncaknya.

Setiap insan ujiannya berbeza,

Allah Maha Mengetahui tentang ciptaanNya

"Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya :Al-Baqarah-286"

Setiap langkah marhalahnya berbeza,

Istiqamah adalah teknologinya,

Andai futur,

Kembalilah ke pangkalnya,

Tahajud mengabdi diri,

Kalimah Allah penyuci jiwa...

"Indahnya kata-kata Dijah...Sya dah faham...hmm...kita kena lakukan step by step dalam setiap perkara. Kalau lompat terus, nanti terjatuh pula..." Ujar Aisya Humaira‘.

Sahabatku Ankabut berkata,

ان الفترات بعد المجا هدة من فساد الأبتداء

Sesungguhnya lemah semangat selepas bermujahadah adalah kerana permulaan yang fasad,

Pemuda-pemudi Islam tinggi jihadnya,

Semangatnya membara-bara,

Hutan belantara sanggup diredahnya,

Namun, mampukah bertahan jika iman tak kuat di dada?


"Sya, orang muda macam kita ni, kadang-kala sanggup buat apa sahaja...tapi kalau tak istiqamah, mungkin di pertengahan jalan, bukan setakat jatuh, tergolek-golek nanti..." Ujar Khadijah.

"Haha...yelah Dijah...setiap apa yang kita cakap pasti akan diujikan...Sebelum kita main badminton, sepatutnya kita warm up...nanti takdelah sengal-sengal badan..hehe...takdela tercungap-cungap macam Sya selepas 45 minit...Hmm...kalau kita main badminton selalu, nanti tak terasa pun kepenatannya...Skil main badminton pun bertambah...Dan tidak lupa, sebelum main, kena pastikan diri kita dah makan awal-awal...Macam melengkapkan diri kita dengan bekalan iman..."

"Dijah dengar pula Sya berkata-kata ye...."

Iman dan taqwa adalah pelincir sebuah kereta,

Istiqamah pula adalah petrolnya,

Niat adalah enjin yang menggerakkan pistonnya,

Karburetor membakar semangat jiwa,

Langkah kita umpama stereng kereta,

Kalau terus gear lima,

Matilah enjin kereta...

"Sya!!!!"

"Hehehehe....."

Saturday, October 17

Kuatkan Hati



Saudaraku,
Dulu semalam dan hari ini,
Kau melihat generasi demi generasi menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari Allah. Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan dan bertanya:
"Apa yang harus ku lakukan untuk menebus kelelahan umat ini??"
Jawabku:"Bukankah kau adalah da'i dan mujahid??"
Katamu lagi: "Tapi langkahku terlalu lambat.."
Jawabku:" Kau lambat kerana kau sendiri sibuk dengan urusan duniamu..Mengejar impianmu dan lupa akan hari kebangkitan"
pada hari itu amalmu terbentang, tubuhmu terbuka. apakah di sana ada bekalmu..
pada akhir zaman, orang-orang yang memegang tali perjuangan itu bagaikan menggenggam bara api, andai terus digenggam hancur luluh jiwanya,Namun andai dilepaskan hancurlah dunia. jangan takut untuk berjuang kerana orang-orang yang berjuang ini memang dirintangi ujian. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.
kita hidup untuk perjuangan dan mati untuk kehidupan...syurga impian

Thursday, October 15

masa

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

1. Demi masa.

2. Sungguh, manusia berada dalam kerugian.

3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran

Terkesankah kita dengan kalam Allah ini? ayat yang sering diulang baca, dalam solat, habis usrah, habis 'meeting'.

Ianya bukan sekadar kumitan bibir kita melafazkan..tapi kalam Allah ini sungguh bermakna buat kita..juga sebagai peringatan buat kita.

Kerana, Allah telah bersumpah demi masa ini, manusia, yakni kita-kita ini dalam kerugian, kecuali bagi mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

bukanlah saya ingin mengupas tafsiran surah al asr ini, cuma ingin berkongsi, peringatan buat saya dan kita semua tentang pengurusan masa.

Jangan kita di kaburi bahawa kita yang berada di barisan ini, sudah terjamin bahawa masa kita itu telah kita gunakan dengan sebaiknya..ingatlah siapa pun kita, usahalah agar masa itu berada di genggaman kita, bukan kita di kuasai masa.

Sebagai pelajar , pekerja sekalipun, masa itu penting sangat untuk kita uruskan seoptimumnya, kita kena pandai letakkan prioriti sesuatu tugasan atau pun kerja itu pada tempatnya. Supaya tuntutan kerja itu terlaksana dengan baik. Dan, sebagai daie, kita menjadi tauladan dan contoh buat mereka-mereka yang berada di sekeliling kita. Andainya kita sebagai pelajar, ‘assignment’ , ‘report’ dan seumpamanya hendaklah di siapkan pada waktu dan secemerlang yang mungkin. Bukan sekadar ‘copy n paste’ dan esok nak hantar, hari ini baru kita cari maklumat dan hasilnya mungkin tidak sebaik yang diharapkan oleh pensyarah. Sebaiknya, kita hendaklah menjadi pelajar contoh buat kawan-kawan yang atau paling tidak jangan jadi daie ‘ cakap tak serupa bikin’ atau menjadi fitnah pada dakwah itu sendiri.

Sebagai pekerja begitu juga, tuntutan kerja yang tidak menentu membuatkan kita sering tak terkejar dek kerja yang bertimbun, nak-nak pula jenis ‘bos’ yang bagi kerja ikut suka hati nak bagi bila. Tapi, jangan jadikan itu sebagai alas an utama, usaha atasi. Mungkin boleh dikupas isu ini pada entri yang akan datang.

Dalam kita berdakwah begitu juga, kita kena ingat, masa itu bukan hak milik kita seorang, masa itu Allah tidak beri pada kita sahaja, Allah beri pada semua manusia, tidak kira siapa pun dia, jadi cubalah kita hormati masa orang lain. Sebagai daie, masa kita adalah sangat terhad, sama-samalah kita gunakan seoptimum mungkin dengan amalan yang dapat menjadi bekalan buat kita dihari kemudian..

Bersambung…..

Tuesday, October 13

Majlis Ihya' Ramadhan

15 September 2009- PEMBINA Selangor telah dijemput untuk bersama Majlis Ihya Ramadhan Y.B. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bersama Para Ulama, Cendekiawan dan NGO Islam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Lembaga Zakat Antarabangsa (IZO).

ihya1

Majlis yang julung-julung kalinya diadakan di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dihadiri oleh 800 orang peserta yang terdiri daripada golongan Para Ulama, Cendekiawan dan NGO Islam. Pihak Pembina Selangor sendiri telah menghantar delegasi seramai lima orang ke majlis ini.

Majlis dimulakan pada pukul 5.00 petang dengan satu ceramah yang disampaikan oleh motivator yang tidak asing lagi Y.Bhg. Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah bin Kamsah yang bertajuk “Ramadhan Menjana Kualiti dan Produktiviti Insan”.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Y.B. Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir bin Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Bersempena dengan majlis ini, Y.B. Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim Daerah Sepang, penghuni Rumah Anak Yatim Limpahan Kasih (LARK) Daerah Puchong dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran daripada ahli-ahli Persatuan Ibu bapa dan Penjaga Kanak-kanak Pekak, Kuala Lumpur (PESIBA).

Pembina Selangor melihat majlis ini sebagai satu titik tolak kepada perkenalan dan kerjasama yang berkesan bersama NGO-NGO islam yang lain khususnya di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan pada masa-masa akan datang.

Tuesday, October 6

nafas baru..author baru...

Bismillah...

salam muqaddimah sejak sekian lama menyepi... nampaknya author-author sufi askari masing-masing sibuk dengan agenda masing-masing... terkejut juga bila tengok balik blog ni, ada yang "terdelete"... hehe.. sape lah tu... alhamdulillah sempat selamatkan lagi...

asif jiddan sebab diri sendiri rasa bersalah tak monitor blog ni... memang menjadi cabaran bila kita melakukan kerja secara berkumpulan. tapi sebenarnya, dalam berkumpulan itu lebih banyak fadhilat berbanding bekerja sendiri... hehe..

ana tahu author yang sedia ada sudah ada personal blog. mungkin susah nak bahagi-bahagikan masa hantar entri dengan kekangan masa dan kekeringan idea... tapi, ana menyeru akhawat sekalian... ayuh bergabung tenaga, dengan jarak yang memisahkan, semoga medan yang ada ni kita fully-utilisedkan untuk sama-sama me"revive" tenaga dan semangat kita...

oleh kerana itu, ana dengan kuasa veto yang ada... eceh.. ingin menyelamatkan medan kita ni dari tenggelam sepi tanpa berita.. insya-Allah, ana akan tambah beberapa author baru, supaya lebih ramai yang boleh menghantar entri ke blog ini...

jadi, ana mencadangkan bahawa blog ini adalah hasil pengumpulan idea-idea oleh ahli-ahli BELIAWANIS PEMBINA SAK...

mungkin ada entri yang boleh dimasukkan ke web pembina, jika diperlukan... amacam team media PEMBINA? ok tak?

ok... jom kawan-kawan.. sama-sama kita postkan entri yang boleh mengetuk hati-hati yang membaca, termasuklah diri kita sendiri...


jalan yang ku pilih ini,
jalan yang panjang dan penuh cabaran,
lalu ku mendongak,
memohon seorang teman di sisi,
bagi menemani perjuangan ini...

lalu doaku diperkenan,
muncullah seorang demi seorang bidadari,
yang sabar, thabat dan kuat,
dan awaklah orangnya!!!!!

ayuh bidadari sekalian,
bertebaranlah kita di muka bumi Allah,
menegakkan kalimahNya,
dan dengan ikatan ukhuwah yang pernah terjalin,
menjadi sumber kekuatan,
bak tumbuhan yang sungguh memerlukan cahaya mentari...

I REALLY LOVE YOU IN ALLAH!!!
uhibbukunna fillah!!

Monday, April 20

sayap kiri ^___^ khusus buat akhwat tersayang...

Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin. Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak."Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya. Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning.

Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya.

Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun.

Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak?

Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.

"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum. Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin.

copy from emel pembina_sak

kelahiran ^____^

Salam sayang buat semua pembaca..
semoga istiqamah hendaknya!!

ahlan, fatin, ana sudah sampaikan salam antunna.. kak najwa, ampun dipinta, gambarnya belum ada, mungkin tunggu si kecil besar sikit..

Alhamdulillah, kelmarin, ana dan beberapa akhawat lain sudah ber"jaulah" menziarahi k umi. beliau masih dalam keadaan lemah, mungkin kesan "ceasarean" yang berulang di tempat yang sama..

ana cam nak nangis tengok k umi. tapi, ketabahan beliau mengatasi segala.. doakan k umi!!

ana melihat bayi kecil yang masih merah, kecil badannya, lebat rambutnya, kalah asma'.. nama diberi sempena sahabat Rasulullah:

'UQBAH
sahabat Rasulullah yang berjaya membuka tanah Eropah, membawa sinar Islam ke serantau bumi Eropah.. semoga mujahid kecil ini besar jiwanya seperti sahabat Rasulullah.. amiin..
k mas, kami belum ber"jaulah" lagi, kena tunggu baby dipos ke Shah Alam dulu.. k mas di umah ibunya, di Kajang...
setakat ini dulu, wallahua'lam...

Monday, April 13

kelahiran ^_^

Bismillah...

malam tadi, ana dan beberapa akhwat menghadiri meeting untuk program SKIL yang akan datang.. disebabkan datang lambat, ikhwah solat isya' dulu dan kami akhwat ber"gosip" dalam salah satu bilik yang ada dalam pejabat tu.

Gosip kami ^_^

ana: k umi dah bersalin kan?
hud2 n k mas: owh, ye ke? tak tau pulak..

jadi, ana pon menelefon k umi untuk mendapatkan kepastian..

ana: mlmh (k umi ex teacher ana) dah bersalin?
k umi: alhamdulillah, malam semalam.
ana: (dengan penuh excited) wah!! alhamdulillah, baby lelaki ke perempuan?
k umi: (gelak2 sket) walad~ (lelaki la tu..)
ana: wah!! alhamdulillah.. nama baby?
k umi: owh... siir (rahsia), ba'da sab'ati ayyam (lepas 7 hari)
borak2 biasa, tapi x lame sebab k umi nak berehat..

lepas tu, ana pon infom hud2 ngan k mas... pastu meke yang besar2 yang dah memikirkan alam2 ibu ni..(heheh) pon bercerita panjang pasal cara deliver baby la.. ceasarean la.. hehe..

ana pula~

"wah... bestnya! ana dah ada dua anak dah~ sorang lelaki, sorang perempuan... lepas ni boleh panggil asma, kakak. kakak asma... huhu.. kiutnye~"

tak habis2 berexcited~

masa meeting tu gurau2 ngan k mas (yang tengah pregnant dan menunggu masa untuk bersalin..)

ana: orang kata kalau pregnant kena banyak berjalan, nanti senang nak bersalin..
k mas: (nada gurau) hehe.. boleh, nanti teman akak ye.. kte jln2..
ana: hehe.. ok, kite pusing taman tasik shah alam..

k mas pun ada infom x dpt jd fasi ntok program SKIL sebab takut ter"meletup"... hehe.. jadi, ana pun gurau2 pasal meletup2 ni...

pagi tadi, tak sangka pula.. dapat berita k mas dan akh alwi dah dapat baby!!! baby Boy~

alhamdulillah!!! wah... seronoknya.. nanti ramai kanak2 kat pejabat ISMA.

huhu... alhamdulillah.. nanti kita pakat visit k umi dan k mas ye...

"semoga zuriat yang dikurniakan menjadi barisan hadapan kaum muslimin pada masa akan datang dalam membela agama Muhammad..!!"

ana sangat excited!!! hehe...

Wednesday, April 8

al wajibat aktharu minal waqt

Bismillah..
Salam Sayang buat semua pembaca..

Semoga kita semua sentiasa berada dalam limpahan kasih sayang Allah, dilindungi dalam lingkungan ukhuwah yang setanding dengan ikatan ukhuwah para sahabat Rasulullah s.a.w.. amiin.. sesungguhnya nikmat ukhuwah yang dikurniakan adalah antara nikmat2 yang tak terperi nilainya.. lalu tuntutan untuk tetap menjaganya juga ditegaskan di dalam ayat2 suci Al-Qur'an..

bukan ukhuwah topik utama hari ini.. tapi ana mahu utarakan satu isu sebagai pembakar semangat para pejuang2 cilik agama Allah ini..

kita lihat dia...

Alangkah bertuahnya adik Nik Nur Madihah yang terpilih Allah untuk menjadi seorang pelajar cemerlang sekaligus mengharumkan nama ibu bapanya, agamanya, keluarganya... menjadi qudwah hasanah dan inspirasi bagi insan-insan yang mahu berjaya sepertinya.. ana kagum dengan keupayaannya untuk gah mengatakan "kejayaan dunia haruslah seiring dengan kejayaan akhirat"..

Kita, yang mengimani bahawa setiap kita yang membantu di jalan Allah pasti akan mendapat bantuan Allah di saat-saat kita sangat memerlukan.. Bahkan Allah itu sangat hampir dengan kita umpama hampir dengan urat leher kita.

Akhawat yang ana kasihi. suasana kita dalam musim exam yang menjerut batang-batang leher kita untuk tetap teguh bertahan menelaah pelajaran di kala teman-teman serumah membuai mimpi-mimpi indah, tidak sekali-kali lari dari pemerhatian Allah. di saat mata terkedip-kedip menahan mengantuk, di kala kepala terlentok ke kanan ke kiri, lengan yang menjadi bantal mengalas kepala.... semua itu Allah perhatikan!!

Akhwat yang dirahmati, kita mungkin lain dari kawan-kawan kita yang lain. kesibukan kita tak sama sekali sama dengan kesibukan mereka.. kita tak punya masa untuk berjalan-jalan bersama kawan-kawan di shopping complex membeli baju-baju baru, kita tak punya waktu untuk menghabiskan sisa-sisa remaja di panggung-panggung wayang!

Bahkan, akhawat, Insya-Allah, Allah sedang memuliakan kita kerana komitmen yang kita galas ini. amin.. amin.. amin..!!!

mungkin bebanan yang menimpa makin terasa. assignment yang perlu disiapkan, revision yang terbengkalai, nota-nota yang belum dikemaskinikan... tarikh-tarikh final exam yang semakin menghampiri!!!

akhawat, "He never burden someone with something they couldn't handle"

berimanlah! selagi niat yang kita labelkan dalam hati tetap terpampang "Lillahi Ta'ala"... Insya-Allah, Dia tak pernah terlepas pandang!!

berusahalah Akhawat sekalian.. kita adalah kuda-kuda perang yang lincah di medan tarbiah dan di medan Ijazah.. amin.. rabbuna yusahhil...!!

sekalipun 24/7 tenaga kita terpaksa dikerahkan, siangnya di medan jihad ta'lim, malamnya jihad da'wah, hujung minggunya jihad tarbiah... bergembiralah selagi masa-masa kita tetap diisi perkara-perkara yang membawa kebaikan di dunia dan di akhirat...

Baina al-Ijazah wa Risalah: Risalah itu matlamat, Ijazah itu wasilah.. jadi nak tak nak, dua-dua sangat di PERLU kan!!!

Berusahalah!!!!! lalu bertawakkallah... semoga Allah tetap mengganjari yang terbaik buat kita...

Insya-Allah...

Tarbiyah, 10 Muwasofat


10 Muwasofat Tarbiah


1) Aqidah Sejahtera

Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg ma’thur..Tidak berhubung dengan Jin...Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin...Tidak menenung nasib...Tidak mendekati tukang tilik....Tidak mengusap kubur........Tidak meminta bantuan dari simati.....Tidak bersumpah dgn selain Allah....Tidak mempercayai adanya sial.....Mengikhlaskan amal kerana Allah....Mengimani rukun-rukun Iman.......Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat...Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh......Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt

2)Ibadah Yang Sahih


Tidak menolak utk azan....Bersuci dgn sempurna....Sangat menghargai solat berjemaah.....Sangat suka berjemaah di masjid......Memperbaiki mutu solatQiamullail seminggu sekali.......Menunaikan zakat...Berpuasa wajib.........Berpuasa sunat sehari setiap bulan.....Ada niat utk menunaikan haji......Beriltizam dgn adab-adab tilawah......Khusyuk ketka membaca al-Quran.......Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran.......Berdoa pada waktu-waktu yg diutamakan.........Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar........Menjadikan setiap amalan mempunyai niat........Menjauhi dosa-dosa besar........Sentiasa membaca zikir pagi.....Sentiasa membaca zikir petang...........Mengingati Allah swt pada setiap situasi..........Menunaikan Nazar.....Menyebarkan Salam.......Menahan anggota dari perkara haram........Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang........Menggunakan sugi/siwak........Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin

3) Akhlak Yang Mantap


Tidak takabbur..Mempunyai pendirian......Tidak menipu....Tidak mencaci.....Tidak mengadu domba.......Tidak mengumpat.....Tidak berdusta.....Tidak mengejek Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan......Tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk......Mengasihi orang yg lebih muda.....Menghormati orang yg lebih tua........Menunaikan janji..............Menundukkan pandangan........Menjaga rahsia.........Menutup dosa orang lain........Cemburu terhadap isteri.........Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya


4)Mampu Bekerja


Mejauhi pekerjaaan yang haram.....Menjauhi riba....Menjauhi judi....Menjauhi penipuan...Menunaikan zakat...Membuat simpanan walaupun sedikit...Tidak menangguh-nagguhkan tugasan yg diamanahkan....Memelihara harta awam....Memelihara harta peribadi.


5) Berpengetahuan luas


Mampu membaca dan menulis dgn baik...Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran.....Memelihara hukum-hukum tilawah.....Menghafaz setengah dari hadith 40.....Menghafaz 20 hadith dari Riadhussalihin.....Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yg penting.......Mengenali sepuluh orang yg dijanjikan Syurga....Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci..........Mengetahui hukum-hukum solat....Mengetahui hukum-hukum puasa.........Membaca sesuatu diluar bidangnya. 4 jam seminggu.......Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden........Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam.....Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng........Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga .......Mendengar dengan baik......Mampu memberikan pandangan.....Bersedia menerima tugas-tugas kolektif......Tidak menerima syubahat yg dilemparkan keatas kita


6) Tubuh Yang Cergas


Bersih tubuh badan.......Bersih pakaian.......Tempat tinggal yg bersih.....Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum............Tidak berjaga malam berlebihanI.......ltizam dgn senaman 2 jam seminggu........Bangun sebelum terbit fajar/subuh.....Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan ........Meninggalkan tabiat merokok..........Menjauhi tempat-tempat kotor.......Menjauhi tempat-tempat berpenyakit


7)Mujahadah (Menguasai Diri)


Menjauhi perkara-perkara haram.........Menjauhi tempat-tempat lalai yg diharamkan........Meninggalkan tempat-tempat maksiat


8)Teratur urusannya


Penampilan yg elok....Tidak mempunyai hubungan dgn pihak yg menentang Islam


9)Sangat Menghargai Masa


Bangun awal....Menggunakan masa tertentu utk belajar


10)Bermanfaat Kpd Orang Lain


Menunaikan hak ibu bapa.....Menyertai majlis-majlis kegembiraan.....Membantu orang-orang yg memerlukan.........Membimbing orang yang sesat......Berkahwin dgn pasangan yg sesuai

Tuesday, March 31

Wednesday, February 25

DOA KU


Ya Allah, dengan pengetahuan Engkau terhadap perkara yang ghaib dan kekuasaan Engkau ke atas makhluk, hidupkanlah aku sekiranya Engkau mengetahui hidup itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku sekiranya Engkau mengetahui mati itu lebih baik bagiku. Ya Allah, aku memohon daripadaMu sifat takutkan Engkau sama ada dalam keadaan sembunyi atau nyata. Aku memohon kata-kata yang benar ketika redha dan semasa marah, aku memohon kepadaMu kesederhanaan semasa susah atau senang, aku memohon kepadaMu nikmat yang tidak berkurangan, aku memohon kepadaMu zuriat yang sejuk dipandang mata dan tidak akan putus, aku memohon kepadaMu keredhaan selepas ditakdirkan (terjadi sesuatu), aku memohon kepadaMu kehidupan yang baik selepas mati, aku memohon kepadaMu kelazatan melihat wajahMu, kerinduan untuk bertemu denganMu tanpa kesusahan yang memudharatkan dan fitnah yang menyesatkan. Ya Allah, hiasilah kami dengan perhiasan iman dan jadikanlah kami petunjuk kepada orang yang mendapat petunjuk....ameen-Sahih an Nasai-

Tuesday, February 24

Hakikat Ikhlas dan Ciri-Cirinya

Bismillah...
sedikit muhasabah bagi kita yang sering LALAI dan LEKA... Insya-Allah..

Jika ada para pendakwah yang merasakan kekeringan ruhiyah, kegersangan ukhuwwah, kekerasan hati, hasad, perselisihan, pergeseran dan perbezaan pendapat yang mengarah kepada permusuhan, bererti ada masalah besar dalam tubuh mereka dan itu tidak boleh dibiarkan serta memerlukan penyelesaian yang tepat dan segera.

Jika merujuk kepada Al-Qur'an dan Sunnah, kita akan menemui pangkal kepada masalahnya, iaitu
hati yang rosak kerana kecenderungan kepada syahwat.

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada." (Al-Hajj: 46).

Rasulullah saw. bersabda, "Ingatlah bahwa dalam tubuh ada segumpal daging, jika baik maka seluruh tubuhnya baik; dan jika buruk maka seluruh tubuhnya buruk. Ingatlah bahwa segumpul daging itu adalah hati." (Muttafaqun `alaihi).

Imam Al-Ghazali pernah ditanya, "Apakah mungkin para ulama (para da'i) saling berselisih?" Ia menjawab," Mereka akan berselisih jika masuk pada kepentingan dunia."

Oleh yang demikian,
pengubatan hati harus lebih diutamakan dari pengubatan fizikal. Hati adalah pangkal segala kebaikan dan keburukan dan ubat hati yang paling mujarab hanya ada dalam satu perkataan iaitu :

"IKHLAS"

  • Kedudukan Ikhlas


Ikhlas adalah buah dan intisari dari iman. Seseorang tidak dianggap beragama dengan benar jika tidak ikhlas.

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam." (Al-An'am: 162).

Surat Al-Bayyinah ayat 5 pula menyatakan, "Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus."

Rasulullah saw. bersabda, "Ikhlaslah dalam beragama; cukup bagimu amal yang sedikit."

Tatkala Jibril bertanya tentang ihsan, Rasulullah saw. berkata, "Engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Allah melihatmu."

Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak menerima amal kecuali dilakukan dengan ikhlas dan mengharap ridha-Nya."

Fudhail bin Iyadh memahami perkataan "ihsan" dalam firman Allah surah Al-Mulk ayat 2 yang berbunyi, "Liyabluwakum ayyukum ahsanu `amala, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya" dengan makna "akhlasahu" (yang paling ikhlas) dan "ashwabahu" (yang paling benar). Katanya, "Sesungguhnya jika amal dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak benar, maka tidak diterima. Dan jika amal itu benar tetapi tidak ikhlas, juga tidak diterima sehingga amal itu haruslah ikhlas dan benar. Ikhlas jika dilakukan kerana Allah Azza wa Jalla dan benar jika dilakukan sesuai dengan sunnah."

Imam Syafi'i pernah memberi nasihat kepada seorang temannya, "Wahai Abu Musa, jika engkau berijtihad dengan sebenar-benar kesungguhan untuk membuat seluruh manusia ridha (suka), maka itu tidak akan terjadi. Jika demikian, maka ikhlaskan amalmu dan niatmu kerana Allah Azza wa Jalla."

Oleh kerana itu tidak hairan jika Ibnul Qoyyim memberi perumpamaan seperti ini, "Amal tanpa keikhlasan seperti musafir yang mengisi kantongnya dengan kerikil pasir yang akan memberatkannya tapi tidak bermanfaat."

Dalam kesempatan lain beliau berkata, "Jika ilmu bermanfaat tanpa amal, maka tidak mungkin Allah mencela para pendita ahli Kitab. Jika ilmu bermanfaat tanpa keikhlasan, maka tidak mungkin Allah mencela orang-orang munafik."

  • Makna Ikhlas


Secara bahasa, ikhlas bermakna bersih dari kotoran dan menjadikan sesuatu itu bersih dan tidak kotor. Maka orang yang ikhlas adalah orang yang menjadikan agamanya murni hanya untuk Allah sahaja dengan menyembah-Nya dan tidak menyekutukan dengan yang lain dan tidak riya' dalam beramal.

Manakala secara istilah, ikhlas bererti niat mengharapkan ridha Allah sahaja dalam beramal tanpa menyengutukan- Nya dengan yang lain. Memurnikan niatnya dari kotoran yang boleh merosakkan.

Seseorang yang ikhlas ibarat orang yang sedang membersihkan beras (tampi beras) dari kerikil-kerikil dan batu-batu kecil di sekitar beras. Maka, beras yang dimasak akan menjadi nikmat untuk dimakan. Tetapi jika beras itu masih kotor, ketika nasi dikunyah akan tergigit kerikil dan batu kecil.

Demikianlah keikhlasan, menyebabkan beramal menjadi nikmat, tidak membuatkan ia penat dan segala pengorbanan tidak terasa berat. Sebaliknya, amal yang dilakukan dengan riya' akan menyebabkan amal tidak terasa nikmat. Pelakunya akan mudah menyerah dan selalu kecewa.

Oleh kerana itu, bagi seseorang da'i makna ikhlas adalah ketika ia mengarahkan seluruh perkataan, perbuatan dan jihadnya hanya untuk Allah, mengharap ridha-Nya dan kebaikan pahala-Nya tanpa melihat pada kekayaan dunia, penampilan, kedudukan, sebutan, kemajuan atau kemunduran. Dengan demikian para da'i akan menjadi tentera fikrah dan akidah, bukan tentera dunia dan kepentingan.

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku."

Da'i yang mempunyai karakter seperti itulah yang mempunyai semboyan `Allahu Ghayaatunaa` , Allah tujuan kami dalam segala aktiviti bagi mengisi kehidupannya.

  • Buruknya Riya


Makna riya' adalah seorang muslim memperlihatkan amalnya pada manusia dengan harapan mendapat pangkat, kedudukan, pujian dan segala bentuk keduniaan lainnya. Riya' merupakan sifat atau ciri khas orang-orang munafik.

Disebutkan dalam surah An-Nisaa' ayat 142, "Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' (dengan solat itu) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali."

Riya' juga merupakan salah satu cabang dari kemusyrikan. Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya yang paling aku takuti pada kamu adalah syirik kecil." Sahabat bertanya, "Apa itu syirik kecil, wahai Rasulullah?" Rasulullah saw. menjawab, "Riya'. Allah berkata di hari kiamat ketika membalas amal-amal hamba-Nya, `Pergilah pada apa yang kamu berbuat riya' di dunia dan perhatikanlah, apakah kamu mendapatkan balasannya?' " (HR Ahmad).

Orang yang berbuat riya' pasti mendapat hukuman dari Allah swt. Orang-orang yang telah melakukan amal-amal terbaik samada mereka itu mujahid, ustaz dan orang yang sentiasa berinfak, semuanya diseret ke neraka kerana amal mereka tidak ikhlas kepada Allah. Sabda Rasulullah saw., "Siapa yang menuntut ilmu, dan tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan perhiasan dunia, maka ia tidak akan mendapatkan wangian syurga di hari akhirat kelak." (HR Abu Dawud)

  • Ciri-Ciri Orang Yang Ikhlas


Orang-orang yang ikhlas memiliki ciri-ciri yang dapat dilihat, diantaranya:

1. Sentiasa beramal dan bersungguh-sungguh dalam beramal, baik dalam keadaan bersendirian atau bersama orang ramai, baik ada pujian ataupun celaan. Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, "Orang yang riya' memiliki beberapa ciri; malas jika bersendirian dan rajin jika di hadapan orang ramai. Semakin berghairah dalam beramal jika dipuji dan semakin berkurang jika dicela."

Perjalanan waktulah yang akan menentukan seseorang itu ikhlas atau tidak dalam beramal. Dengan melalui berbagai macam ujian dan cubaan, baik yang suka mahupun duka, seseorang akan terlihat kualiti keikhlasannya dalam beribadah, berdakwah dan berjihad.

Al-Qur'an telah menjelaskan sifat orang-orang beriman yang ikhlas dan sifat orang-orang munafik, membuka penipuan dan keburukan orang- orang munafik dengan berbagai macam cirinya.

Di antaranya disebutkan dalam surat At-Taubah ayat 44-45, "Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak ikut) berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan Allah mengetahui orang-orang yang bertakwa. Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hati mereka ragu-ragu, kerana itu mereka selalu bimbang dalam keragu-raguannya. "

2. Terjaga dari segala yang diharamkan oleh Allah, baik dalam keadaan bersama manusia atau jauh dari mereka. Disebutkan dalam hadits, "Aku beritahukan bahwa ada suatu kaum dari umatku datang di hari kiamat dengan kebaikan seperti Gunung Tihamah yang putih, tetapi Allah menjadikannya seperti debu-debu yang berterbangan. Mereka adalah saudara-saudara kamu, dan kulitnya sama dengan kamu, melakukan ibadah malam seperti kamu. Tetapi mereka adalah kaum yang jika bersendirian akan melanggar apa yang diharamkan Allah." (HR Ibnu Majah)

Tujuan yang hendak dicapai oleh orang yang ikhlas adalah ridha Allah, bukan ridha manusia sehingga mereka sentiasa memperbaiki diri dan terus beramal, baik dalam keadaan bersendirian atau ramai, dilihat orang atau tidak, mendapat pujian atau celaan kerana mereka yakin Allah Maha melihat setiap amal baik dan buruk walau sekecil manapun.

3. Dalam dakwah, akan terlihat bahwa seorang da'i yang ikhlas akan merasa senang jika kebaikan dapat direalisasikan di tangan saudaranya sesama da'i, sebagaimana dia juga merasa senang jika terlaksana oleh tangannya.

Para da'i yang ikhlas akan menyedari kelemahan dan kekurangannya. Oleh kerana itu mereka sentiasa membangun amal jama'i dalam dakwahnya, mengukuhkan wasilah dan sistem dakwah. Berdakwah untuk kemuliaan Islam dan umat Islam, bukan untuk meraih populariti dan membesarkan diri atau kelompoknya semata-mata.


Wallahu'alam.

mari kita sama-sama mengejar darjat "IKHLAS" dalam amal dakwah kita di usia muda ini.

Allahumma Bariklana!!