RSS

Monday, April 20

sayap kiri ^___^ khusus buat akhwat tersayang...

Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin. Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak."Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya. Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning.

Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya.

Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun.

Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak?

Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.

"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum. Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin.

copy from emel pembina_sak

kelahiran ^____^

Salam sayang buat semua pembaca..
semoga istiqamah hendaknya!!

ahlan, fatin, ana sudah sampaikan salam antunna.. kak najwa, ampun dipinta, gambarnya belum ada, mungkin tunggu si kecil besar sikit..

Alhamdulillah, kelmarin, ana dan beberapa akhawat lain sudah ber"jaulah" menziarahi k umi. beliau masih dalam keadaan lemah, mungkin kesan "ceasarean" yang berulang di tempat yang sama..

ana cam nak nangis tengok k umi. tapi, ketabahan beliau mengatasi segala.. doakan k umi!!

ana melihat bayi kecil yang masih merah, kecil badannya, lebat rambutnya, kalah asma'.. nama diberi sempena sahabat Rasulullah:

'UQBAH
sahabat Rasulullah yang berjaya membuka tanah Eropah, membawa sinar Islam ke serantau bumi Eropah.. semoga mujahid kecil ini besar jiwanya seperti sahabat Rasulullah.. amiin..
k mas, kami belum ber"jaulah" lagi, kena tunggu baby dipos ke Shah Alam dulu.. k mas di umah ibunya, di Kajang...
setakat ini dulu, wallahua'lam...

Monday, April 13

kelahiran ^_^

Bismillah...

malam tadi, ana dan beberapa akhwat menghadiri meeting untuk program SKIL yang akan datang.. disebabkan datang lambat, ikhwah solat isya' dulu dan kami akhwat ber"gosip" dalam salah satu bilik yang ada dalam pejabat tu.

Gosip kami ^_^

ana: k umi dah bersalin kan?
hud2 n k mas: owh, ye ke? tak tau pulak..

jadi, ana pon menelefon k umi untuk mendapatkan kepastian..

ana: mlmh (k umi ex teacher ana) dah bersalin?
k umi: alhamdulillah, malam semalam.
ana: (dengan penuh excited) wah!! alhamdulillah, baby lelaki ke perempuan?
k umi: (gelak2 sket) walad~ (lelaki la tu..)
ana: wah!! alhamdulillah.. nama baby?
k umi: owh... siir (rahsia), ba'da sab'ati ayyam (lepas 7 hari)
borak2 biasa, tapi x lame sebab k umi nak berehat..

lepas tu, ana pon infom hud2 ngan k mas... pastu meke yang besar2 yang dah memikirkan alam2 ibu ni..(heheh) pon bercerita panjang pasal cara deliver baby la.. ceasarean la.. hehe..

ana pula~

"wah... bestnya! ana dah ada dua anak dah~ sorang lelaki, sorang perempuan... lepas ni boleh panggil asma, kakak. kakak asma... huhu.. kiutnye~"

tak habis2 berexcited~

masa meeting tu gurau2 ngan k mas (yang tengah pregnant dan menunggu masa untuk bersalin..)

ana: orang kata kalau pregnant kena banyak berjalan, nanti senang nak bersalin..
k mas: (nada gurau) hehe.. boleh, nanti teman akak ye.. kte jln2..
ana: hehe.. ok, kite pusing taman tasik shah alam..

k mas pun ada infom x dpt jd fasi ntok program SKIL sebab takut ter"meletup"... hehe.. jadi, ana pun gurau2 pasal meletup2 ni...

pagi tadi, tak sangka pula.. dapat berita k mas dan akh alwi dah dapat baby!!! baby Boy~

alhamdulillah!!! wah... seronoknya.. nanti ramai kanak2 kat pejabat ISMA.

huhu... alhamdulillah.. nanti kita pakat visit k umi dan k mas ye...

"semoga zuriat yang dikurniakan menjadi barisan hadapan kaum muslimin pada masa akan datang dalam membela agama Muhammad..!!"

ana sangat excited!!! hehe...

Wednesday, April 8

al wajibat aktharu minal waqt

Bismillah..
Salam Sayang buat semua pembaca..

Semoga kita semua sentiasa berada dalam limpahan kasih sayang Allah, dilindungi dalam lingkungan ukhuwah yang setanding dengan ikatan ukhuwah para sahabat Rasulullah s.a.w.. amiin.. sesungguhnya nikmat ukhuwah yang dikurniakan adalah antara nikmat2 yang tak terperi nilainya.. lalu tuntutan untuk tetap menjaganya juga ditegaskan di dalam ayat2 suci Al-Qur'an..

bukan ukhuwah topik utama hari ini.. tapi ana mahu utarakan satu isu sebagai pembakar semangat para pejuang2 cilik agama Allah ini..

kita lihat dia...

Alangkah bertuahnya adik Nik Nur Madihah yang terpilih Allah untuk menjadi seorang pelajar cemerlang sekaligus mengharumkan nama ibu bapanya, agamanya, keluarganya... menjadi qudwah hasanah dan inspirasi bagi insan-insan yang mahu berjaya sepertinya.. ana kagum dengan keupayaannya untuk gah mengatakan "kejayaan dunia haruslah seiring dengan kejayaan akhirat"..

Kita, yang mengimani bahawa setiap kita yang membantu di jalan Allah pasti akan mendapat bantuan Allah di saat-saat kita sangat memerlukan.. Bahkan Allah itu sangat hampir dengan kita umpama hampir dengan urat leher kita.

Akhawat yang ana kasihi. suasana kita dalam musim exam yang menjerut batang-batang leher kita untuk tetap teguh bertahan menelaah pelajaran di kala teman-teman serumah membuai mimpi-mimpi indah, tidak sekali-kali lari dari pemerhatian Allah. di saat mata terkedip-kedip menahan mengantuk, di kala kepala terlentok ke kanan ke kiri, lengan yang menjadi bantal mengalas kepala.... semua itu Allah perhatikan!!

Akhwat yang dirahmati, kita mungkin lain dari kawan-kawan kita yang lain. kesibukan kita tak sama sekali sama dengan kesibukan mereka.. kita tak punya masa untuk berjalan-jalan bersama kawan-kawan di shopping complex membeli baju-baju baru, kita tak punya waktu untuk menghabiskan sisa-sisa remaja di panggung-panggung wayang!

Bahkan, akhawat, Insya-Allah, Allah sedang memuliakan kita kerana komitmen yang kita galas ini. amin.. amin.. amin..!!!

mungkin bebanan yang menimpa makin terasa. assignment yang perlu disiapkan, revision yang terbengkalai, nota-nota yang belum dikemaskinikan... tarikh-tarikh final exam yang semakin menghampiri!!!

akhawat, "He never burden someone with something they couldn't handle"

berimanlah! selagi niat yang kita labelkan dalam hati tetap terpampang "Lillahi Ta'ala"... Insya-Allah, Dia tak pernah terlepas pandang!!

berusahalah Akhawat sekalian.. kita adalah kuda-kuda perang yang lincah di medan tarbiah dan di medan Ijazah.. amin.. rabbuna yusahhil...!!

sekalipun 24/7 tenaga kita terpaksa dikerahkan, siangnya di medan jihad ta'lim, malamnya jihad da'wah, hujung minggunya jihad tarbiah... bergembiralah selagi masa-masa kita tetap diisi perkara-perkara yang membawa kebaikan di dunia dan di akhirat...

Baina al-Ijazah wa Risalah: Risalah itu matlamat, Ijazah itu wasilah.. jadi nak tak nak, dua-dua sangat di PERLU kan!!!

Berusahalah!!!!! lalu bertawakkallah... semoga Allah tetap mengganjari yang terbaik buat kita...

Insya-Allah...

Tarbiyah, 10 Muwasofat


10 Muwasofat Tarbiah


1) Aqidah Sejahtera

Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg ma’thur..Tidak berhubung dengan Jin...Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin...Tidak menenung nasib...Tidak mendekati tukang tilik....Tidak mengusap kubur........Tidak meminta bantuan dari simati.....Tidak bersumpah dgn selain Allah....Tidak mempercayai adanya sial.....Mengikhlaskan amal kerana Allah....Mengimani rukun-rukun Iman.......Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat...Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh......Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt

2)Ibadah Yang Sahih


Tidak menolak utk azan....Bersuci dgn sempurna....Sangat menghargai solat berjemaah.....Sangat suka berjemaah di masjid......Memperbaiki mutu solatQiamullail seminggu sekali.......Menunaikan zakat...Berpuasa wajib.........Berpuasa sunat sehari setiap bulan.....Ada niat utk menunaikan haji......Beriltizam dgn adab-adab tilawah......Khusyuk ketka membaca al-Quran.......Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran.......Berdoa pada waktu-waktu yg diutamakan.........Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar........Menjadikan setiap amalan mempunyai niat........Menjauhi dosa-dosa besar........Sentiasa membaca zikir pagi.....Sentiasa membaca zikir petang...........Mengingati Allah swt pada setiap situasi..........Menunaikan Nazar.....Menyebarkan Salam.......Menahan anggota dari perkara haram........Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang........Menggunakan sugi/siwak........Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin

3) Akhlak Yang Mantap


Tidak takabbur..Mempunyai pendirian......Tidak menipu....Tidak mencaci.....Tidak mengadu domba.......Tidak mengumpat.....Tidak berdusta.....Tidak mengejek Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan......Tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk......Mengasihi orang yg lebih muda.....Menghormati orang yg lebih tua........Menunaikan janji..............Menundukkan pandangan........Menjaga rahsia.........Menutup dosa orang lain........Cemburu terhadap isteri.........Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya


4)Mampu Bekerja


Mejauhi pekerjaaan yang haram.....Menjauhi riba....Menjauhi judi....Menjauhi penipuan...Menunaikan zakat...Membuat simpanan walaupun sedikit...Tidak menangguh-nagguhkan tugasan yg diamanahkan....Memelihara harta awam....Memelihara harta peribadi.


5) Berpengetahuan luas


Mampu membaca dan menulis dgn baik...Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran.....Memelihara hukum-hukum tilawah.....Menghafaz setengah dari hadith 40.....Menghafaz 20 hadith dari Riadhussalihin.....Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yg penting.......Mengenali sepuluh orang yg dijanjikan Syurga....Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci..........Mengetahui hukum-hukum solat....Mengetahui hukum-hukum puasa.........Membaca sesuatu diluar bidangnya. 4 jam seminggu.......Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden........Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam.....Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng........Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga .......Mendengar dengan baik......Mampu memberikan pandangan.....Bersedia menerima tugas-tugas kolektif......Tidak menerima syubahat yg dilemparkan keatas kita


6) Tubuh Yang Cergas


Bersih tubuh badan.......Bersih pakaian.......Tempat tinggal yg bersih.....Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum............Tidak berjaga malam berlebihanI.......ltizam dgn senaman 2 jam seminggu........Bangun sebelum terbit fajar/subuh.....Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan ........Meninggalkan tabiat merokok..........Menjauhi tempat-tempat kotor.......Menjauhi tempat-tempat berpenyakit


7)Mujahadah (Menguasai Diri)


Menjauhi perkara-perkara haram.........Menjauhi tempat-tempat lalai yg diharamkan........Meninggalkan tempat-tempat maksiat


8)Teratur urusannya


Penampilan yg elok....Tidak mempunyai hubungan dgn pihak yg menentang Islam


9)Sangat Menghargai Masa


Bangun awal....Menggunakan masa tertentu utk belajar


10)Bermanfaat Kpd Orang Lain


Menunaikan hak ibu bapa.....Menyertai majlis-majlis kegembiraan.....Membantu orang-orang yg memerlukan.........Membimbing orang yang sesat......Berkahwin dgn pasangan yg sesuai