RSS

Thursday, October 15

masa

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

1. Demi masa.

2. Sungguh, manusia berada dalam kerugian.

3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran

Terkesankah kita dengan kalam Allah ini? ayat yang sering diulang baca, dalam solat, habis usrah, habis 'meeting'.

Ianya bukan sekadar kumitan bibir kita melafazkan..tapi kalam Allah ini sungguh bermakna buat kita..juga sebagai peringatan buat kita.

Kerana, Allah telah bersumpah demi masa ini, manusia, yakni kita-kita ini dalam kerugian, kecuali bagi mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

bukanlah saya ingin mengupas tafsiran surah al asr ini, cuma ingin berkongsi, peringatan buat saya dan kita semua tentang pengurusan masa.

Jangan kita di kaburi bahawa kita yang berada di barisan ini, sudah terjamin bahawa masa kita itu telah kita gunakan dengan sebaiknya..ingatlah siapa pun kita, usahalah agar masa itu berada di genggaman kita, bukan kita di kuasai masa.

Sebagai pelajar , pekerja sekalipun, masa itu penting sangat untuk kita uruskan seoptimumnya, kita kena pandai letakkan prioriti sesuatu tugasan atau pun kerja itu pada tempatnya. Supaya tuntutan kerja itu terlaksana dengan baik. Dan, sebagai daie, kita menjadi tauladan dan contoh buat mereka-mereka yang berada di sekeliling kita. Andainya kita sebagai pelajar, ‘assignment’ , ‘report’ dan seumpamanya hendaklah di siapkan pada waktu dan secemerlang yang mungkin. Bukan sekadar ‘copy n paste’ dan esok nak hantar, hari ini baru kita cari maklumat dan hasilnya mungkin tidak sebaik yang diharapkan oleh pensyarah. Sebaiknya, kita hendaklah menjadi pelajar contoh buat kawan-kawan yang atau paling tidak jangan jadi daie ‘ cakap tak serupa bikin’ atau menjadi fitnah pada dakwah itu sendiri.

Sebagai pekerja begitu juga, tuntutan kerja yang tidak menentu membuatkan kita sering tak terkejar dek kerja yang bertimbun, nak-nak pula jenis ‘bos’ yang bagi kerja ikut suka hati nak bagi bila. Tapi, jangan jadikan itu sebagai alas an utama, usaha atasi. Mungkin boleh dikupas isu ini pada entri yang akan datang.

Dalam kita berdakwah begitu juga, kita kena ingat, masa itu bukan hak milik kita seorang, masa itu Allah tidak beri pada kita sahaja, Allah beri pada semua manusia, tidak kira siapa pun dia, jadi cubalah kita hormati masa orang lain. Sebagai daie, masa kita adalah sangat terhad, sama-samalah kita gunakan seoptimum mungkin dengan amalan yang dapat menjadi bekalan buat kita dihari kemudian..

Bersambung…..

3 comments:

[k h a i r u n n i s a] said...

Masa adalah crucial issue for student yang membawa amanah ini..

kadang-kadang tak tahu nak membahagikan portion masa yang tepat untuk study dan dakwah, yang membuatkan kaki-kakinya longgar dan lesu..

kerana itu, ukhti-ukhtinya harus selalu merevive semangat mereka dengan tembakan-tembakan doa agar tetap tabah dan thabat..

doakan kami!!

nur azila said...

salam aimi..ternanti2 sambungn entry ni:)

Unknown said...

salam ila..

aimi terlupa langsung..
ni pun sebab cuti..tgk blk blog ni..

erm, nak buat post baru mungkin xkot..sebab xpanjang sangat=)

cuma bab pengurusan masa tu, pada aimi..

kita memang kena tahu prioriti tugasan tu..
dan masa yang ada kena manfaatkan sungguh2 dengan melangsaikan segalak kerja..

Memang kadang2 tak terdaya juga..sebab ade juga tugasan ad hoc yang memerlukan perhatian segera..

Lagi satu kita sendiri kena ade skill., skill ni xsemestinya sama pada setiap individu tapi x semestinya jauh berbeza.=)

insyaAllah makin lama kita akan makin cekap menguruskan masa dengan skill2 yang akan kita pelajari secara langsung atau tidak..

Boleh juga kita perhatika caa kerja mereka2 yang dah berjaya..

robbuna yusahhil ila..

Post a Comment