RSS

Monday, November 9

Marhalah Hidupku...



“Huh…penatlah…dah…kita berhenti dulu la ye…tak larat…tak warming up pun tadi…”

“Dah penat ke?Hehe...tadi kata nak main dua tiga jam...baru 45 minit ni..."

“Sudahlah…perli ke?”

“Tak la perli…flashback je…tu la…hanya cita-cita je yang besar tanpa kemampuan yang sama mungkin mengundang musibah”

“La..musibah apa pula? Main badminton pun boleh ada musibah ke?”

“Sya... Cuba la absorp kenyataan tu dalam skop yang lebih luas…let’s say, in our life…”

“Erm…Sya tak fahamlah Dijah..badminton pun boleh aplikasi dalam kehidupan kita ke?”

“Ni tak faham ke atau buat-buat tak faham…?” Soal Khadijah kepada sahabatnya itu.

“Yelah…sekarang Dijah tengah cakap pasal badminton kan?”

“Sahabatku Aisya Humaira’…”

Hidup kita hanya sementara,

Menjadi musafir di dunia yang fana,

Ditemani cahaya terik di siang hari,

Dihembusi angin malam menyejuk jiwa,

Hujan bisa sahaja turun tanpa dipinta,

Badai bila-bila sahaja akan menyapa...

Warkah menuju syurga,

Tercatit dalam firman-firman Yang Maha Esa,

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan "Kami telah beriman“ sedangkan mereka tidak diuji?"

Mehnah tumbuh melata,

Kerehatan bukanlah untuk selama-lamanya,

Tanpa usaha manakan sampai ke puncaknya.

Setiap insan ujiannya berbeza,

Allah Maha Mengetahui tentang ciptaanNya

"Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya :Al-Baqarah-286"

Setiap langkah marhalahnya berbeza,

Istiqamah adalah teknologinya,

Andai futur,

Kembalilah ke pangkalnya,

Tahajud mengabdi diri,

Kalimah Allah penyuci jiwa...

"Indahnya kata-kata Dijah...Sya dah faham...hmm...kita kena lakukan step by step dalam setiap perkara. Kalau lompat terus, nanti terjatuh pula..." Ujar Aisya Humaira‘.

Sahabatku Ankabut berkata,

ان الفترات بعد المجا هدة من فساد الأبتداء

Sesungguhnya lemah semangat selepas bermujahadah adalah kerana permulaan yang fasad,

Pemuda-pemudi Islam tinggi jihadnya,

Semangatnya membara-bara,

Hutan belantara sanggup diredahnya,

Namun, mampukah bertahan jika iman tak kuat di dada?


"Sya, orang muda macam kita ni, kadang-kala sanggup buat apa sahaja...tapi kalau tak istiqamah, mungkin di pertengahan jalan, bukan setakat jatuh, tergolek-golek nanti..." Ujar Khadijah.

"Haha...yelah Dijah...setiap apa yang kita cakap pasti akan diujikan...Sebelum kita main badminton, sepatutnya kita warm up...nanti takdelah sengal-sengal badan..hehe...takdela tercungap-cungap macam Sya selepas 45 minit...Hmm...kalau kita main badminton selalu, nanti tak terasa pun kepenatannya...Skil main badminton pun bertambah...Dan tidak lupa, sebelum main, kena pastikan diri kita dah makan awal-awal...Macam melengkapkan diri kita dengan bekalan iman..."

"Dijah dengar pula Sya berkata-kata ye...."

Iman dan taqwa adalah pelincir sebuah kereta,

Istiqamah pula adalah petrolnya,

Niat adalah enjin yang menggerakkan pistonnya,

Karburetor membakar semangat jiwa,

Langkah kita umpama stereng kereta,

Kalau terus gear lima,

Matilah enjin kereta...

"Sya!!!!"

"Hehehehe....."

No comments:

Post a Comment