- Kita hendaklah mengetahui penyakit yang melanda masyarakat hari ini
- Sabar dalam menjalani rawatan dan
- Jadilah doktor yang merawat.
Thursday, November 29
Ekspedisi Beliawanis, Kembara Inspirasi
Shah Alam, 12 November 2012 - Seramai 13 orang beliawanis
PEMBINA Shah Alam telah menyertai ekspedisi yang penuh inspirasi selama dua
hari pada 10 – 11 November 2012. Ekspedisi atau jaulah ini bertujuan untuk
merapatkan lagi ukhuwwah antara penggerak PEMBINA Shah Alam di samping menceduk
pengalaman-pengalaman dan nasihat qudama’ Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).
Semua peserta berkumpul di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin,
UiTM Shah Alam. Aktiviti
dimulakan dengan solat sunat Dhuha dan taklimat ringkas berkenaan destinasi dan
perjalanan.
Destinasi-destinasi pada hari pertama jaulah adalah kediaman Ustazah
Wirdaningsih Ahmad, unit Tarbiyah ISMA Shah Alam, kediaman Encik Dollah Sani
Suratman, Yang Di-Pertua ISMA Shah Alam, kediaman Puan Rokiah Aziz, Ketua
Wanita ISMA Shah Alam dan kediaman Puan Zaharah Johari selaku Ketua NAZIM
Pusat. Jaulah pada hari pertama tamat hampir jam 8.30 malam dan diteruskan
dengan program MABIT atau Malam Bina Iman dan Taqwa. Pengisian yang bertajuk
Rabbaniyah dan Materialisme yang disampaikan sangant menyentap jiwa dengan
realiti masyarakat hari ini. Kesimpulan daripada pengisian tersebut adalah
Beliawanis PEMBINA mara selangkah lebih jauh pada hari kedua dengan
menziarahi tokoh-tokoh ISMA di Bangi. Tokoh yang diziarah adalah Puan Shazamawati
Zamhashari selaku AJK ISMA DHL dan Puan Rashidah selaku unit Sekretariat
Antarbangsa (SEKTAR) Pusat.
Pelbagai perkongsian berkenaan latar belakang, tarbiyah dan ilmu-ilmu yang
sangat berharga. Justeru, ukhuwwah yang sudah terbina semakin kukuh dan
pengalaman-pengalaman yang diperoleh sepanjang jaulah menjadi inspirasi dalam
memacu dakwah generasi hari ini.
No comments:
Post a Comment