RSS

Wednesday, May 9

Diari: Jaulah dan Ibrah

Bismillahirrahmanirrahim...

Hampir seminggu berlalu. Namun kenangan itu tetap tersemat di dalam mengecapi nikmat anugerah Al-Khaliq. Pada 4 Mei 2012 yang lalu, kembara 2 buah ViVa dengan 8 orang akhawat menuju ke Kuantan untuk menyahut cabaran mukhayyam muaskar di Amansari Beach Resort. Kembara kami diketuai murafiq (zauj ukhti Ros) dan kak Ros mengambil masa lebih kurang 5 jam. Usai urusan akademik di siang hari, kami bermujahadah menempuh kedinginan malam. Kembara kali ini melibatkan 5 orang akhawat UiTM dan 2 akhawat Monash. Sungguh inilah perjalanan yang indah buat kami. Meskipun akhawat dah kenal antara satu sama lain, tetapi jaulah ini mempertaut hati-hati kami.


Dalam perjalanan, sesi taaruf rancak. Ditemani rintik-rintik hujan dan pancaran kilat, mulalah akhawat sharing pengalaman dan kisah kehidupan walaupun dalam kereta. Sebelum ini hanya nama dikenali, saat itu empunya diri difahami.

Lelah sepanjang perjalanan yang gelap akhirnya tamat apabila sang Viva memasuki susur ke Gambang. Menuju ke arah PEkan, suasana menyepi tatkala ada antara kami keletihan dan menyahut seruan malam. Kereta di jalanan laju belaka. Gerimis yang mematuhi perintah Allah turun ke bumi membuatkan kami berhati-hati. Sungguh, Allah lah sebaik-baik perancang. Takdir Allah, ketika menempuh lopak air di jalanan, sang Viva berdentum dari arah belakang. Panik. Istighfar memecah sunyi. "Astaghfirullahal'adzim...kereta kami dilanggar dari belakang."

Alhamdulillah hikmah pentingnya murafiq jaulah yang jauh ni tersingkap jua. Meskipun begitu, empunya kereta tenang menghadapi suasana. Inilah TARBIYYAH. Inilah perancangan Allah. Muhasabah Kak Ros, marilah betulkan niat semula. Inilah peringatan Allah. Inilah ujian Allah, tanda sayangnya Allah kepada kita. Perjalanan diteruskan dan perbincangan antara kedua-dua pihak berlangsung secara harmoni.

Mulanya aktiviti muaskar dengan qiamullail, subuh, matsurat kubro dan tazkirah berkenaan Ummu Haram Binti Milhan oleh Ukhti Hazirah dari Monash. Bermulanya cabaran muaskar dengan pembahagian 8 kumpulan. Nama kumpulan yang unik menuntut semua peserta membuat trademark yang unik juga. Meskipun masing-masing berbeza kawasan, namun tarbiyyah memudahkan kami bekerjasama. Explorace yang memerlukan setiap kumpulan pergi setiap check point membawa ibrah yang sangat penting. Antara check point yang menyentap jiwa penulis adalah pengorbanan. Peserta dikehendaki membuat line yang panjang dari satu titik ke titik yang lain menggunakan diri sendiri dan segala yang ada pada diri saat itu. Aktiviti yang biasa dilakukan di mana-mana program tapi pengajarannya memberi impak yang besar. Di sinilah pengorbanan peserta diuji tatkala fasilitator mengkhabarkan, setiap barang yang digunakan akan diambil terus. Di sinilah pengajarannya bahawa kita sepatutnya mengorbankan apa sahaja yang perlu untuk jalan dakwah seperti Khadijah yang sanggup mengorbankan tulang-belulangnya untuk dakwah Rasulullah SAW.



Dengan deria mata tertutup, berpandukan deria telinga, setiap peserta perlu mendengar arahan fasilitator meredah kegelapan malam dalam Liku-liku Zainab. Kepercayaan yang tinggi diletakkan ke atas fasilitator. Berbekalkan sebiji tembikai yang besar dan berat untuk setiap kumpulan, dawai kawat ditempuh, terowong kecil yang dihampar dengan kesejukkan ais diredah dengan bau serbuk kari dan kapur barus menusuk deria bau. Meskipun cabaran ini tidak sehebat dugaan Zainab Al-Ghazali, namun muhasabah oleh Ustazah Hayati menyentuh hati-hati kami.


Lelah semalam masih tidak hilang. Tazkirah Subuh memberi dugaan kepada sang mata. Penyamapaian berkenaan Fatimah Az-Zahra oleh akhawat Gombak membuat ramai peserta menyekang mata mendengar dan menyaksikan aksi mereka dalam penyampaian yang sangat dinamik secara berkumpulan. Hari kami diteruskan dengan meredah hujan mencari check point. Namun, tatkala guruh di langit dan kilat memancar memberi isyarat aktiviti perlu diberhentikan. Meskipun basah, semangat JIDDIYAH terus membara. Inilah yang kami dapat di mukhayam kali ini. UKHUWWAH ISLAMI, SEMANGAT JIDDIYAH DAN MELAZIMI AMAL JAMAIE. Sangat banyak ibrah yang diperoleh di samping serba sedikit penerangan berkaitan Bait Muslim. Antara yang boleh penulis highlightkan adalah:

1. Ukhuwwah Islamiyyah dan Tarbiiyah
2. Istisyar dan Isti'zan sangat penting untuk kelangsungan dakwah
3. Memahami dan melazimi Amal Jamaie
4. Dan yang paling penting, SEMANGAT JIDDIYAH!






Banyak pengalaman yang dikongsi bersama akhawat. SUngguh, berukhuwwah lillahi taala itu sangat INDAH!!!!

No comments:

Post a Comment