RSS

Monday, December 5

Diari Beliawanis: SERASI BELIA 2011


Serasi Belia 2011 |  63 Belia Mencari Keserasian Tarbiyyah Dan Ukhuwwah


27 November 2011 – Seramai 35 orang belia dan 30 beliawanis dari institut-institut pengajian tinggi sekitar Shah Alam serta pelajar sekolah menengah dan lepasan STAM telah Berjaya dikumpulkan dalam program SERASI BELIA anjuran PEMBINA dan ISMA. Pakej 2 hari 1 malam telah menempatkan kesemua akhowat di Resort Lambaiana Sg Gabai. Selangor. Bermula pada tarikh 26 hingga 27 November 2011. Kem kali ini menyaksikan gabungan mantap peserta-peserta dari seluruh ipta dan ipts di sekitar Shah Alam. Antaranya UITM Shah Alam, UITM Puncak Alam, UITM Puncak Perdana, Management and Science University (MSU), UNISEL. Tidak ketinggalan penyertaan peserta termuda dalam kalangan akhowat dari Sek Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah Shah Alam. Program tersebut berobjektifkan penekanan tarbiyyah dan Shahadatul Haq dalam diri jiwa generasi muda hari ini. SERASI BELIA 2011 dilaksanakan dalam bentuk santai dan aktif agar penerimaan intipati program mudah diterima oleh para peserta yang sentiasa dahagakan cabaran hidup dalam berlayar menempuh arus kehidupan duniawi.
Program dilaksanakan secara berasingan antara peserta lelaki dan perempuan. Justeru setiap peserta dapat menghayati setiap isi-isi yang disampaikan dalam aktiviti outdoor mahupun indoor selaras dengan syariat ISLAM yang mendidik umatnya menjaga batas-batas pergaulan.

 SINOPSIS
Pelbagai aktiviti menarik dilaksanakan. Bagi peserta beliawanis, ketangkasan dan kecekapan peserta diuji melalui Kick The Ball  yang berorientasikan permainan Foosball Table. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap peserta dihadkan pergerakkan mereka melalui seutas tali yang merentangi peserta. Aktiviti seterusnya adalah Kembara di Air Terjun. Setiap peserta dikehendaki membina sebuah kapal menggunakan bahan-bahan terbuang dan apa sahaja di sekitar mereka dalam Bahtera Kehidupan. Setiap kapal yang dibina akan diuji kefektifannya dengan membiarkannya kapal-kapal tersebut mengikut arus air terjun……
Sabtu, 26 November 2011.
Seawal 7 pagi akhowat telah berkumpul di Masjid Negeri Shah Alam. Selepas itu bermulanya pendaftaran peserta-peserta. Sejam selepas itu bermula lagi sebuah kembara kehidupan. Diiringi lafaz suci bismilllahirrahmannirahim, peserta memulakan pengembaraan menuju ke Kem Lambaiana. Semoga permulaan yang baik, diakhiri dengan natijah yang baik. Kenderaan meluncur tenang di lebuh raya Cheras-Kajang. Zikir, tahmid dan puji-pujian kebesaran Allah mengiringi perjalanan tersebut. Menempuh laluan desa di daerah Hulu Langat menjadi santapan mata. Kira-kira 10 pagi, kesemua peserta tiba di kem tersebut. Deruan air terjun Sungai Gabai menyapa telinga, seolah-olah menyambut kedatangan rombongan kami. Memberikan keterujaan kami terhadap kebesaran Allah. Kesemua peserta menginap di resort yang telah disediakan. Jam 10.30 pagi, bermulanya aktiviti pertama, Serasi 1:Melt The Ice. Al-Fatihah pembuka majlis. Sebelum itu akhowat di beri serba ringkas taklimat. Sesi ta’aruf ini membuka peluang kepada akhowat semua untuk berkenalan, memandangkan tidak semua datang dari tempat yang sama. Darjah kemesraan akhowat masih ditahap sederhana. Tidak mengapa, kita akan ada banyak aktiviti yang akan menjana kemesraan tersebut. Selepas itu sesi berhenti seketika untuk mengisi perut yang sudah berkeroncong irama joget. Juadah yang ringkas tapi mengenyangkan. Solat zuhur berjemaah didirikan sejurus selepas makan.
Sesi petang bermula jam 2. Slot 1:AKAL, dibentang oleh saudara Atiqi. Slot yang banyak mengungkap persoalan sejarah islam dan ketamadunannya. AKAL memberi pengertian Adakah Kau Lupa. Slot yang membawa peserta mengimbas dan menyingkap kembali tabir sejarah kegemilang dan kejatuhan ketamadunan islam yang semakin di lupakan. Persoalannya di sini, bukan mencari siapa yang tidak berminat dengan sejarah dan siapa yang berminat dengan sejarah. Tetapi ini sejarah kita, ini kisah kita, selagi mana kita di lahirkan islam haru untuk kita mengetahui kisah ini. Slot yang memberi kesedaran kepada peserta betapa peri pentingnya mengetahui sejarah islam, agar ianya menjadi panduan untuk kita menongkah arus kehidupan yang semakin mencabar. Slot di akhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah ;).
Selepas solat asar dan minum petang, tibalah masa yang di tunggu-tunggu….let’s play..yeye…;););).Serasi 2: Tug of War, tapi bukanya main perang-perang, tapi main futsal stail baru. Ha,,macam mane tu ye..dalam permainan ini menyaksikan kesungguhan akhowat dalam permainan futsal. Sebenarnya ramai dalam kalangan akhawat kita ini berbakat dalam bermain futsal. Jangan di sangka lembut, tidak tahu bermain. “Tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia”. Jangan disangka air tenang tiada buaya”. Haah…ke bumbung la jawabnya bola2 yang ditendang akhowat. Selepas ni mungkin kita akan tubuhkan pasukan futsal…who knows???. Setelah berhempas pulas di gelanggang futsal buatan sendiri, permainan di tamatkan jam 6.15 petang untuk menghadapi persedian solat maghrib. Solat berjemaah didirikan. Selepas solat isyak dan makan malam, akhowat perlu bersedia menhadapi slot 2: Shahadatul Haq.
Sementara menanti penceramah, masa di isi dengan tazkirah1, iaitu Kepentingan Tarbiyah. Usai tazkirah yang disampaikan Akh Aizad, slot 2 mengisi waktu. Slot yang membincangkan tentang Shahadatul Haq. Penceramah bijak mengambil hati peserta dengan lawak jenaka, sekadar untuk memberi energi baru sebelum ceramah dimulakan. Memandangkan seharian siang penat dengan aktiviti yang padat. Slot mula serius dengan mengungkap persoalan dakwah yang dibawa.
Berkenaan kefahaman kita mengenai dakwah yang ingin di bawa. Rata-rata peserta terpinga-pinga kerana mungkin istilah ini baru diketengahkan. Untuk memberi lebih kefahaman, aktiviti berkumpulan dijalankan. sememangnya aktiviti ini dapat membantu peserta lebih kefahaman terhadapnya. Slot berakhir jam 11 malam. Mata semakin kuyu, persembahan diri semakin menurun, energi semakin kurang tanda diri meminta hak untuk berehat. Selepas minum malam, kembara mimpi diteruskan. Bertemankan gemersik suara cengkerik dan deruan air terjun ditambah lagi dengan atmosfera sejuk dan mendamaikan menambah kenikmatan untuk beradu. Harapanya tidur yang lena memberi tenaga untuk bangun bertahajud.
27 November 2011
            Darjah negatif kedinginan pagi menarik diri untuk terus lena. Tetapi kekuatan bangun untuk bertahajud membuatkan iblis kecewa kerana tidak berjaya memujuk. Kedinginan natural berpaipkan air sungai mengejutkan sendi-sendi. Kesejukan sampai ke tulang dapat dirasakan takala mengambil wudhu’. Kesejukan air yang mengalir menyegarkan diri, seolah-olah ion-ion negatif mengalir ke saluran saraf. Tahajud didirikan dengan tenang. Bertaqarrub kepada Sang Pencipta. Solat subuh berjemaah didirikan. Jam 7 pagi, semua peserta bersarapan. Serasi3: Kembara di Air Terjun, dimulakan dengan senaman ringkas. Taklimat ringkas diberikan untuk kembara ini.
Sepanjang perjalanan peserta diminta untuk mencari bahan-bahan terpakai atau daun-daun kering untuk di bina kapal. Peserta di bahagikan kepada 6 kumpulan kecil. Sepanjang perjalanan menuju ke air terjun, kami dijamu mata dengan panorama hijau yang mendamaikan. Deruan air terjun menghampas batu menjadi hiburan halwa telinga kami, sungguh mengasyikkan. Laluan kami sebenarnya tidak lah begitu mencabar fizikal. Ini kerana terdapatnya anak tangga 45° untuk kami daki ke atas. Tetapi kami perlu berhati-hati kerana adakalanya kami terpaksa melalui jalan yang berbecak, memandangkan hujan turun sebelumnya. Apabila tiba di kawasan air terjun, peserta di minta untuk menbina kapal menggunakan bahan-bahan yang telah di kutip bersama tali dan kertas yang di bekalkan. Pertandingan mengambil masa 30 minit. Pelbagai rekaan kapal yang ditunjukkan, menguji kreativiti peserta. Apakah matlamat pembinaan kapal-kapal? Apakah fungsinya? Apakah dan apakah???? Persoalan-soalan ini kembali dilontarkan. Hidup kita diibaratkan umpama bahtera yang dibina. Mampukah berlayar ke destinasi tatkala arus air membawa ke arah yang berbeza? Mampukah bahtera berlayar tanpa pengemudian yang teliti? Apakah mampu bahtera untuk dibawa dalam peperangan jika ianya dibina atas nama menangkap ikan? Maka akhowat sekalian, jadilah kita bahtera yang dikemudikan dengan taqwa dan iman.
Usai pertandingan, tibalah masa yang ditunggu-tunggu, mandi…yeye…;);). Selepas puas berkubang dalam kesejukan air terjun, masa untuk mandi tamat. Memandangkan pengunjung yang datang semakin membanjiri kawasan perkelahan tersebut. Hemat diri dan berkemas dilakukan sejurus selepas tiba di kediaman sementara. Minum pagi, sekadar mengalas perut yang kosong, sementelaah kesejukan disimbah air terjun.Tepat pukul 12 tengah hari, majlis penutup dimulakan. Selepas itu sesi bergambar, menandakan Kem Serasi Belia 2011 melabuhkan tirai.
Siapa kata seorang Muslimah tidak boleh berhibur? Siapa kata dengan menutup aurat, keseronokkan tidak mampu dicapai semaksimumnya? Nah...semuanya ada di sini...dalam hati kita...antara mahu ataupun tidak. Dalam Serasi Belia, kami berhibur, kami bersosial, kami mendapat tarbiyyah menuju ke Jalan Ilahi...Di sebalik kesibukkan dunia yang mengejar, makanan rohani jangan ditinggalkan....Nantikan program daripada PEMBINA lagi!!!!! Jom ke Jalan Iman dan Taqwa!!!!

Laporan oleh:
Nur Sabihah Mokhtar (Aktivis PEMBINA)
Editor:
Siti Fatimah Abu Talib (Aktivis PEMBINA)

Review drp blog peserta:
"Syukur ke hadrat Ilahi yang telah memberi kelulusan kepada aku menyertai Serasi Belia 2011 pada 26 - 27 November 2011 yang lalu di Kem Lambaian, Sungai Gabai, Hulu Langat, Selangor. Walau kemnya singkat  serba ringkas namun bagi aku, ia permulaan yang baik untuk permulaan kitab amalan dalam tahun Islam oleh sebab 1 Awal Muharam pada ahad yang lalu."


            

2 comments:

Al-Insyirah said...

asslm.rindu pada kem..:)

atheathirahtaha said...

salam'alaykum..
wah bestnye...rabitah hati di sungai gabai...^__^

Post a Comment