RSS

Tuesday, February 1

Harga Sekuntum Senyuman

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Ukhti Fillah...
Semoga Allah tetap mencintai jiwa-jiwa yang subur dan basah dengan iman keranaNya.. yang sentiasa berusaha memagar diri dari perkara-perkara yang hina lagi merendahkan martabat seorang gadis di mata Penciptanya.



Hati teringin berkongsi sebuah kisah dua orang gadis mengenai Sekuntum Senyuman. Ia sebuah cerita rekaan namun ada maksud yang sama yang ingin saya sampaikan. Ia bermula apabila 'Aliah menegur Sumayyah  berkenaan keganjilan dan perbezaan pewatakan yang ada pada Sumayyah.

Sumayyah dikenali sebagai seorang yang periang dan ramah dengan sesiapa sahaja yang dijumpai, tidak kira kenal atau pun tidak. Sumayyah mudah disenangi insan di sekelilingnya kerana senyuman yang sentiasa mekar di bibirnya membuatkan setiap mata yang memandang pasti akan senyum kembali.

Namun, ketika mesyuarat organisasi berlangsung, Sumayyah bertukar watak menjadi seorang yang sungguh serius dan kelihatan sukar sekali untuk Sumayyah tersenyum. Jika ada perkara yang menggelikan hati, Sumayyah kelihatan keras menahan tawa atau kadang-kadang memalingkan muka ke belakang untuk tersenyum. Sumayyah kelihatan sungguh anti-lelaki. Itu yang menambah kepelikan 'Aliah.

'Aliah lantas menanyakan perkara itu kepada Sumayyah. Sumayyah hanya mampu tersenyum sambil menyusun kata-kata yang terbaik untuk menerangkan kepada 'Aliah.

"Suatu hari, akak pergi ke kedai untuk membeli buah. Akak mencari buah anggur dan kebetulan di kedai itu menawarkan akak merasa sebiji anggur. Kerana anggur itu sungguh sedap, akak tersenyum dan membeli sebungkus anggur. ketika membayar, si penjual itu berkata: "awak senyum nampak cantik." Di sepanjang perjalanan, hati akak runsing memikirkan kata-kata si penjual itu."

"Penjual tu lelaki ke?"

Sumayyah mengangguk. lantas menyambung cerita, "akak mulanya tak ambil pusing dengan kata-kata penjual anggur tu, mungkin dia selalu berkata demikian kepada semua pelanggannya. Tak lama selepas tu, akak mendapat sms dari manusia yang tak dikenali : "Saya suka tengok awak senyum." Pada mulanya akak ingatkan kawan sekolah akak nak mengusik, rupa-rupanya seorang siswa di tempat akak belajar. Akak bertambah runsing. Akak ambil cermin dan cuba senyum, mungkin 'Aliah akan rasa kelakar, tapi baru akak perasan sesuatu."

"Apa dia kak?"

"Allah beri akak kelebihan dalam senyuman yang akak ada.. mungkin akak nampak macam biasa, tapi bagi yang melihat, mereka nampak sangat manis. Dan akak rasa akak tak boleh tersenyum di hadapan lelaki kerana takutkan mereka lalai dari mengingat Allah.. atau lebih teruk lagi, akak yang menyebabkan mereka lalai dari menjadi seorang rijal."

"Tapi, itu bukan masalah akak.. Atas lelaki itulah sama ada terpesona atau menundukkan pandangannya.."

"Memang, cuma akak tak mahu jadi pencetus masalah itu jika masalah itu berlaku.." Sumayyah tersenyum. Memang manis senyuman itu.

Sumayyah begitu berpegang dengan kata-katanya, sehinggakan hampir tiada gambarnya yang terpapar di facebook, friendster, flickr dan sebagainya.. manakan tidak, jika dipelawa bergambar, pasti ditolaknya.. ataupun ada, pasti wajahnya membeku serius..

tahun berganti tahun, 'Aliah menerima foto dari Sumayyah melalui emel. Beliau tersenyum gembira di sisi suami yang baru dinikahi di luar negara atas dasar dakwah.. Gambar itu ketika di rumah selepas akad nikah. Sumayyah juga berpesan agar tidak menyebarkan gambar tersebut kepada sesiapa. Juga dengan nota tersisip:

"khusus buatmu ukhti fillah, semoga senyumanmu akan mengisi hari-hari seorang mujahid yang pulang menghilang lelah dari medan dakwah.."

Begitu mahal harga sekuntum senyuman seorang Sumayyah.

'Aliah mungkin tidak dapat menjadi sebaik dan sekental Sumayyah, namun begitu banyak pengajaran yang boleh dipelajari 'Aliah dalam berhati-hati berurusan dengan rijal-rijal dakwah..

Insya-Allah...

** kisah di atas adalah tribute dan adaptasi kepada beberapa ukhti yang saya kagumi tersangat menjaga tingkah laku dan tutur kata ketika berurusan dengan bukan muhrim.. semoga kita dapat mencontohi sisi-sisi hikmah dari mereka..

2 comments:

. said...

assalamualaikum... sangat suka dengan post ini. izinkan saya share ya? :)
terima kasih.

as-syifa' said...

ubibbu..dis post..senyum seindah suria yg membawa cahaya..

Post a Comment