Monday, April 2
Ladies Day Outz!!!
Assalamualaikum semua….
Ladies Day Outz...alhamdulilah selesai sudah program santai pada 1
April yang lalu. Program berlangsung seawal 8 pagi. Program ini melibatkan mahasiswa dari
ipt dan ipts sekitar Shah Alam. Seperti UITM Shah Alam, UITM Puncak Perdana,
UITM Puncak Alam, Monash University, Msu, Unisel dan Sunway Collage.
Bukan mudah
sebenarnya nak mengumpulkan peserta yang berlainan ipt untuk bersama dalam satu
program. Tapi akhwat telah membuktikan ianya bukan perkara mustahil yezz .kesemua
peserta bertemu di taman tasik Shah Alam, alah! Yang dekat dengan kedai kopi
tuer…tapi dok kat situ bukan nak minum kopi tapi…..nak bersenam,,yezz…memang
mantap la akhwat nak bersenam, tapi bukan bersenam yang biasa-biasa jer,,tapi
kami buat senam aerobik..adoish…biar betul akhwat nak terlompat-lompat kat depan
orang ramai,,,segan ;). Tak la, kami lakukan senamrobik tu kat tempat
tersorok sikit..kat ne ye? Suhhh, diam-diam tau jangan kasi tahu orang tau.
Nak tau
x sape jadi kepalanyer? Ukhti Ili Diyana n de geng (Fadhilah, Azimah). Per…
biar betul cam tak percaya jer akwat ada yang pandai ajar aerobic. Alunan lagu
Maher zain dan Unic menjadi latar senaman kami. Not bad la, instructor dia cam dah expert
je. Enjoy. Senaman ini mengambil masa selama 1 jam. Peserta-peserta pun bukan
main suka lagi..Alhamdulilah ad la jugak aktiviti yang dapat membakar lemak kat
badan ni yang dah lama tepu..
Selepas bersenam, sedikit kudapan diberikan untuk mengisi perut dan
tekak yang dah kering, jazakillah kak Nabihah bagi roti dan air kotak J Sambil itu halwa telinga kami dijamu
dengan sedikit tazkirah dari ukhti Aini (alah doctor gigi tu). Berkisarkan 10
muwasafat tarbiyah. Sesi ini berlangsung santai si bawah pokok yang rending, di
pancari matahari pagi subhanallah damainya. Selesai sudah sesi pengisian.
Kak
Syu dan Syafikah tampil untuk pembahagian kumpulan. Terdapat 10 kumpulan,
setiap kumpulan dianggotai 6 orang peserta termasuk fasi.nak wat ape yerk
kumpulan bagai ni. Jeng…jeng..kami nak main boling di Plaza Alam sentral Shah
Alam. Ha..terkezut ker.. jangan ingat kami tak
boleh main.
Jam 10.15 pagi semua peserta bersedia di landasan
masing-masing, di beri tempoh percubaan selama 5 minit jer, jangan lebih-lebih
ye :).bermacam- macam aksi yang di tunjukkan perserta. Bagi yang baru belajar
nak main tu, apa ker lagi tanyer pada yang pakar lah..hehe…bagi yang dah memang
handal tur tersenyum puas la..erm..bagi
yang asyik masuk lonkang tu x kisah la, ni bukanyer sukan Asia ker. Janji puas
dan enjoy dengan kengkawan.kat sini lah masa nak mengenali satu sama lain, maklumlah
semua datang dari latar yang berbeza.
Sejurus selepas itu, upacara penutup yang
diserikan dengan kehadiran ukhti Zaireen dan baby Izzah yang sangat comel…semua
peserta mendapat habuan berupa hamper . Boleh la kongsi sikit-sikit. Seperti
biasa upacara merakamkan kenangan terindah… Sebenarnya bukan keseronokan
semata-mata, tapi input dari tazkirah dan saling berkenal-kenalan itu yang
paling penting..so sampai disini saja..jumpa lagi di lain program..
Untuk gambar, layari www.pembinashahalam.com atau klik di sini
Labels:
Aktiviti,
Beliawanis,
Pembina,
Rehlah
No comments:
Post a Comment